Empat perkara menarik selepas aksi pertama 20 pasukan EPL

|

views

AKSI pertama kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) berlangsung dengan pelbagai tarikan yang menyaksikan 20 pasukan gigih bersaing mencari tiga mata penuh.

Sepanjang 10 perlawanan berlangsung, beberapa perkara menarik yang mencuri perhatian penonton, antaranya;

Bola sepak lebih bermakna dengan adanya penonton

Buat kali pertama keriuhan dalam stadium kembali bergema dengan sorakan penyokong selepas penularan pendamik sejak 2020. Tiada lagi sekatan jumlah penyokong untuk memasuki stadium.

Aksi Brentford dan Arsenal menjadi saksi pertama kehadiran penyokong, malah sorakan Bees buat julung kalinya kedengaran bagi saingan EPL ini.

Malah pada Sabtu lalu, menyaksikan 72,732 penyokong hadir di Old Trafford dengan perlawanan berkesudahan 5-1 ke atas Leeds.

Segelintir penyokong Spurs memberi sokongan kepada Kane.

Harry Kane jadi tumpuan

Masa depan kapten England bersama Spurs masih menjadi tanda tanya apabila tidak diturun dalam aksi bertemu Manchester City, kelab yang menjadi pilihan Kane untuk berpindah. Spurs menang 1-0 ke atas juara bertahan liga itu.

Liverpool dan Chelsea bermula garang

Virgil Van Dijk kembali ke pasukan selepas berehat panjang berikutan kecederaan yang dialami pada Oktober 2020. The Reds terus mendominasi persembahan baik dengan kemenangan 3-0 ke atas pendatang baharu liga, Norwich. Gandingn Diogo Jota, Mohamed Salah dan Roberto Firmino menjadi apabila masing-masing menjaringkan gol kemenangan.

Salah turut menjaringkan gol pada aksi pertama.

Bagi Chelsea, jaringan dari Marcos Alonso, Christian Pulisic dan muka baharu Trevoh Chalobah memberi kemenangan selepas 3-0 ke atas anak buah Patrick Viera, tiga hari selepas menjulang trofi Piala Super Eropah.

Cerita sama buat Arsenal

Masa depan pengurus The Gunners menjadi persoalan selepas tewas dalam aksi pembukaan liga kepada Brentford. Selain itu, aksi pemain baharu Ben White juga menjadi bualan di kalangan penyokong dengan aksi kurang menyerlah.

Nasib Arteta menjadi tanda tanya.

Brentford meraih kemenangan 2-0, selepas menamatkan kemarau 74 tahun layak ke Liga Perdana Inggeris.

 

Berkaitan ⇢