Jangkitan COVID-19 di Thailand lepasi 1 juta kes

|

views

Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Thailang melepasi sejuta kes apabila mencatatkan sebanyak 19,851 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan Umum Thailand menyatakan secara keseluruhannya, Thailand merekodkan 1,009,710 kes jangkitan sejak pandemik bermula dengan 8,826 kematian.

Thailand hari ini merekodkan 240 kematian baharu.

Lapor Bangkok Post, sebanyak 19,526 kes jangkitan baharu dikesan dalam kalangan komuniti dengan 325 lagi melibatkan banduan dalam penjara.

Thailand pada peringkat awal penularan COVID-19 di seluruh dunia berjaya mengawalnya namun ia meledak pada April lalu ekoran varian Alpha dan Delta selain bilangan yang divaksin juga tidak ramai.

Kementerian kesihatan kini bertungkus-lumus meningkatkan bekalan vaksin kerana hanya 8.3 peratus rakyatnya telah divaksin daripada 66 juta penduduk di negara itu.

Pihak berkuasa juga mencampuran vaksin AstraZeneca dan Sinovac bagi meningkatkan imuniti selain kekurangan bekalan.

Pada awal minggu ini, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha menerusi Facebook memaklumkan sekiranya sekatan dan perintah berkurung yang dilaksanakan berkesan mengurangkan kadar jangkitan, maka beberapa peraturan akan dilonggarkan bermula bulan depan.

Pengumuman itu dibuat selepas banyak pihak mengkritik cara kerajaan menguruskan pandemik COVID-19 di negara ini.

Berkaitan ⇢