Lewandowski bakal tinggalkan Bayern Munich

|

views

PENYERANG berpengalaman Bayern Munich, Robert Lewandowski dikhabarkan bakal mencari angin baharu dalam karier bola sepak profesionalnya.

Kini, Lewandowski berumur 32 tahun dan kontraknya akan tamat pada 2023 di Bayern Munich dan inilah masa yang sesuai buatnya sebelum berusia 35 tahun.

Memetik laporan Sky Sports, Robert Lewandowski telah mengemukakan hasratnya kepada kelab tersebut namun Bayern Munich masih memerlukannya.

Pemain kelahiran Poland itu telah bersama Die Roten hampir tujuh tahun dan mencatatkan 297 gol dan 65 hantaran dari 331 penampilan di semua pertandingan.

Lewandowski juga telah menghadiahkan 18 piala, termasuk tujuh juara Bundesliga dan satu pemenang Liga Juara-Juara. Enam kali, Lewandowski menjadi penjaring terbanyak Bundesliga bersama Munich.

Ketika ini Lewandowski dianggarkan bernilai 100 juta Pound  dengan beberapa kelab besar Eropah sudah berminat untuk membawanya.

Dua pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid pada awalnya berminat mendapatkannya namun beralih kepada Kylian Mbappe.

 

Berkaitan ⇢