Vaksinasi: Penglibatan klinik swasta boleh kurangkan sisiko kluster baru kata Najib

|

views

Nampaknya KP KKM juga sama pendapat dengan saya bahawa penglibatan 8,000 lebih klink-klinik swasta seluruh negara dalam memberi kelebihan untuk program vaksinasi negara.

Entah kenapa bayaran yang buat kerajaan kepada klinik swasta cuma RM14 satu dos berbanding kos yang lebih tinggi di pusat-pusat lain.

Mega PPV juga bermaksud risiko untuk ada kluster baharu mega adalah mega.

Kita boleh kurangkan risiko ini dengan memaksimumkan penglibatan klinik-klinik swasta.

Ianya juga lebih memudahkan dan menambah keselesaan sebab semua rakyat tahu di mana terletaknya klinik terdekat dan mereka sudah biasa melawat ke klinik berdekatan.

Kapasiti maksima bagi klinik-klinik swasta yang jumlahnya lebih 8,000 buah di seluruh negara berpotensi dinaikkan ke lebih 500,000 dos sehari sekiranya lebih banyak klinik-klinik swasta menyertai program kerajaan.

Jika dua tiga orang boleh ditugaskan untuk memberi vaksin di setiap klinik, mereka boleh memberi sehingga 100 dos sehari.

8,000 buah klinik sudah 800,000 dos sehari.

Jadi, selain pusat vaksinasi kerajaan kita perlu menjadikan rangkaian klinik swasta dalam negara sebagai antara bahagian paling penting dalam strategi vaksinasi negara.

Kemungkinan besar bahawa mutasi-mutasi baharu Covid akan bermaksud kita perlu memberi dos-dos tambahan bagi semua pada masa depan.

Berkaitan ⇢