Rhode Island dilanda ribut tropika Hendri

|

views

Rhode Island di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dilanda ribut tropika Hendri serta hujan lebat menyebabkan pokok tumbang serta bekalan elektrik terputus sehingga menjejaskan ribuan penduduk.

Bekalan elektrik yang terputus menjejaskan kira-kira 79,000 penduduk di Rhode Island dan 33,000 lagi di Connecticut.

Ribut terbabit melanda kawasan berhampiran bandar Westerly pada jam 12.15 tengah hari, demikian menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Bagaimanapun, menurut Gabenor Rhode Island, Dan McKee, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Penduduk di New England dan Long Island telah diberi peringatan supaya bersiap sedia menghadapi angin kencang, bekalan elektrik terputus dan ribut hingga mencecah lima kaki.

Henri adalah ribut tropika yang jarang membadai pesisir timur laut AS, dan berlaku susulan permukaan laut yang panas akibat perubahan iklim.

Berkaitan ⇢