POLITIK 4 Adun PPBM Selangor sokong PH

4 Adun PPBM Selangor sokong PH

-

Empat daripada 5 Adun PPBM Selangor menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan, walaupun selepas parti itu meninggalkan gabungan berkenaan minggu lalu.

Mereka ialah Sallehuddin Amiruddin (Kuang), Mohd Shaid Rosli (Jeram), Adhif Syan Abdullah (Dengkil) dan Harumaini Omar (Batang Kali).

Mereka berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka menemui pemimpin PPBM, Dr Mahathir Mohamad selama sejam di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Harumaini berkata, mereka menghargai mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum 9 Mei 2018.

“Kami masih berpegang pada prinsip bersama PH, terutama di Selangor. Kita tak ada jawatan hanya Adun biasa di Selangor,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Shaid berkata, terpulang kepada kepimpinan PH Selangor untuk menilai “kesetiaan kesamaan kami”.

Tetapi katanya, mereka tidak akan menjadi wakil rakyat bebas.

Seorang lagi Adun PPBM ialah Abdul Rashid Asari (Selat Klang). Beliau ialah ketua PPBM Selangor serta exco negeri yang memegang portfolio kebudayaan dan pelancongan, peradaban Melayu dan warisan, beliau digugurkan daripada kerajaan negeri ekoran perubahan kerajaan pusat.

Sallehuddin berkata, Rashid tidak dapat dihubungi sejak kemelut politik tercetus minggu lalu sehingga kini.

“Kami tidak dapat menghubungi beliau untuk sebarang perbincangan.”

Katanya, 4 Adun PPBM itu akan mengadakan menemui Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari esok untuk menyuarakan sokongan mereka dan membincangkan kaedah bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan PH itu.

Terdahulu, Amirudin menyuarakan sokongannya kepada PH dan berkata ia mempunyai jumlah mencukupi untuk mengekalkan majoriti di Selangor.

Katanya, 43 Adun sudah menyatakan sokongan mereka dan hanya 13 wakil rakyat meninggalkan PH.

Pengerusi PH Selangor dan PKR negeri itu dilaporkan berkata, peruntukan kepada Adun PPBM yang keluar daripada PH Selangor dibekukan serta-merta, manakala pemimpin negeri yang mempunyai kaitan dengan PPBM akan dipecat.

PPBM meninggalkan PH pada 24 Feb lalu dan menubuhkan kerajaan persekutuan baru dengan Umno serta PAS.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...