NEGARAKU AM Abdul Hadi boleh bantu Wisma Putra: Hishammuddin

Abdul Hadi boleh bantu Wisma Putra: Hishammuddin

-

Pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah diharap dapat membantu Wisma Putra membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di rantau itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berbekalkan pengalaman dan pengaruh yang Abdul Hadi miliki, pelantikannya sebagai Duta Khas adalah tepat pada masanya serta berupaya membantu warga Wisma Putra menjayakan pelbagai agenda khususnya berkaitan Timur Tengah.

“Ketika ini, tumpuan Wisma Putra ialah menjadi pemudah cara urusan membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara disebabkan sekatan perjalanan dan penutupan ruang udara oleh kerajaan negara yang mereka diami.

“Ini termasuklah membantu memastikan hubungan diplomatik Malaysia dengan rakan negara di sana terus utuh dan berkekalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini selepas pertemuan pertamanya dengan Abdul Hadi selepas dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah pada 2 April lalu.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin berkata, Wisma Putra juga perlu menjayakan hasrat kerajaan untuk mengenalpasti mana-mana negara yang mempunyai penyelidikan saintifik dan pembangunan vaksin terbaik seterusnya memastikan Malaysia menjadi negara terawal memperoleh vaksin tersebut.

“Selain itu, kami turut membincangkan bagaimana tanggungjawab kami berdua berupaya memperkasa peranan Malaysia di Timur Tengah khususnya dalam menghadapi cabaran situasi geopolitik yang tidak menentu termasuk yang terkini ialah penularan wabak Covid-19,” katanya. – Sinar Harian

Berita terkini

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...