BERITA Amaran tidak cukup, polis mohon reman ahli MBSA main...

Amaran tidak cukup, polis mohon reman ahli MBSA main badminton

-

  • Disiasat di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), 2020.
  • MBSA juga telah melakukan siasatan dalaman mereka sendiri, dan akan mengambil tindakan
  • Sepanjang tempoh PKP, dewan-dewan adalah ditutup dan sebarang aktiviti sukan dan riadah tidak dibenarkan

Seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tiga orang rakannya ditahan polis, kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bermain badminton, di sebuah dewan orang ramai di Seksyen 25 di sini awal pagi semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ACP Ismail Muslim berkata, keempat-empat individu berkenaan yang ditahan pagi tadi akan disiasat di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), 2020.

“Keempat-empat mereka ditahan pagi tadi kerana melanggar arahan PKP, polis akan memohon mereka direman di mahkamah dalam masa terdekat ini, dan saya juga ingin saya maklumkan sepanjang PKP ini sebarang aktiviti bersukan di kawasan awam, adalah dilarang.

“Saya juga difahamkan pihak MBSA juga telah melakukan siasatan dalaman mereka sendiri, dan akan mengambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu tular beberapa gambar di laman sosial mendakwa ahli majlis bersama tiga orang rakannya, hanya diberikan amaran kerana melanggar arahan PKP dengan bermain badminton di dewan berkenaan, dan ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sementara itu MBSA dalam kenyataan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada pihak polis, untuk diambil tindakan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad berkata, pihaknya juga telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada ahli majlis berkenaan, dan satu laporan untuk diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Sepanjang tempoh PKP, dewan-dewan adalah ditutup dan sebarang aktiviti sukan dan riadah tidak dibenarkan, oleh itu MBSA tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan pencerobohan oleh mana-mana individu, organisasi, kumpulan atau penjawat awam,”katanya. – ProjekMM

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...