BERITA Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

-

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN) akan ditempatkan di semua sekatan jalan raya di negara ini untuk memastikan perbuatan mengambil kesempatan oleh pengedar dadah melakukan kegiatan jenayah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dapat diatasi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah JSJN Datuk Ramli Din dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

“Anggota-anggota Narkotik akan berada di semua sekatan jalan raya mereka ini yang ada kepakaran dapat tahu di mana barang-barang (dadah) yang kerap kali disembunyikan dan apakah karakteristik orang yang membawa dadah ini,” katanya.

Dalam sidang media berkenaan beliau turut mendedahkan beberapa kes tangkapan berkaitan dadah yang menarik antaranya ialah kes yang beliau gelarkan sebagai Kes Roti Canai.

Ramli berkata kes berkenaan berlaku di Gombak pada 13 April lalu apabila seorang pekerja penghantar makanan yang bertindak untuk membawa bungkusan roti canai ke balai polis yang berhampiran untuk polis memeriksa apakah kandungan di dalam bungkusan yang dibawanya.

Pengarah JSJN, Datuk Ramli Din bercakap kepada media dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

“Penghantar makanan ini sudah mengesyaki sesuatu, dan betul apabila diperiksa bungkusan tersebut di dalam roti canai itu ada 11.04 gram ganja,” katanya.

Beliau berkata pihak polis telah berjaya mengesan dan menangkap penerima tersebut dalam satu serbuan di Taman Setiawangsa pada 14 April.

Walaupun tiada rampasan dibuat, bagaimanapun ujian mendapati suspek iaitu penerima dadah berkenaan positif dadah jenis ganja, menurut Ramli.

Kemudian, selepas soal siasat pihak polis telah menyerbu sebuah premis di Bangsar, di ibu negara dan berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan pengirim dadah berkenaan. Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki termasuk dua wanita berjaya diberkas.

Pihak polis turut berjaya merampas ganja seberat 379 gram di dalam premis berkenaan. Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ramli berkata walaupun PKP dikuatkuasakan, aktiviti pengedaran dadah masih berterusan walaupun ada kesukaran untuk bergerak namun ada yang berani untuk bergerak juga.

“Mereka ini telah berjaya ditangkap dan disiasat dibawah kesalahan dadah dan juga kesalahan melanggar PKP,” katanya. – TRI

Berita terkini

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...