NEGARAKU AM Angka kes Covid-19 terus meningkat,64 pesakit di ICU, 24...

Angka kes Covid-19 terus meningkat,64 pesakit di ICU, 24 perlukan bantuan pernafasan

-

SEBANYAK 106 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan 1,624 kes dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu seramai 64 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 24 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya lagi, kes kematian akibat jangkitan itu kekal 15 orang setakat petang Selasa.

“Kes kematian ke-15 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 70 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya pada sidang media petang Selasa.

Beliau berkata kes kematian ke-15 (kes ke-1,519) mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes ke-703.

Mangsa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.35 pagi Selasa.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menggesa orang ramai supaya tidak menjalani ujian melalui teknik rapid test kit (RTK) yang terdapat di pasaran.

“Ujian melalui teknik RTK yang kini terdapat di pasaran adalah bagi mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami.

“Antibodi muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan.

“Ini menyebabkan ia tidak dapat membantu dalam pengesanan awal kes Covid-19. Justeru, ujian RTK yang mengesan antibodi tidak disarankan untuk tujuan diagnosa Covid-19,” katanya.

Jelas beliau lagi, ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan Covid-19 adalah dengan menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR).

“Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus Covid-19 yang terdapat di dalam badan pesakit.

“Jangan jalani ujian RTK dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat dari Pengamal Perubatan kerana ia berpotensi untuk menimbulkan salah tafsir dan keresahan terhadap keputusan ujian yang diperolehi,” katanya.

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...