GAYA HIDUP AR Badul terguris dikata 'meninggal dunia' lagi

AR Badul terguris dikata ‘meninggal dunia’ lagi

-

PELAKON, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 71, terguris dan kecewa apabila sekali lagi tersebar berita palsu dia dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, berita palsu mendakwa dia sudah menghembuskan nafas terakhir itu adalah kali yang kedua.

“Kali pertama pada Februari tahun lalu ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Ketika itu, saya tak ambil peduli sangat kerana anggap pihak yang menyebarkan berita palsu itu tak sengaja dan tersilap maklumat. Tetapi, apabila dah kena kali kedua ini saya fikir harus ambil tindakan tegas.

“Memanglah, kita semua akan mati dan saya bersyukur sekarang masih sihat lagi. Namun, perkara membabitkan kematian ini sangat sensitif dan tak boleh sengaja disebarkan. Ini kerana individu yang didakwa sudah meninggal dunia tentunya ada keluarga, saudara-mara, kenalan dan rakan-rakan.

“Untuk berita ini pun (didakwa meninggal dunia), awal pagi lagi saya dan isteri sudah dihubungi ramai ahli keluarga kami termasuk pihak Seniman (Persatuan Seniman Malaysia) dan FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia) bertanyakan kesahihan berita itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Badul, adik-beradik, saudara mara, kenalan, rakan serta peminatnya ramai yang sedih dan menangis berikutan penyebaran berita palsu di media sosial itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis esok. Hari ini, saya beri peluang kepada pihak terbabit untuk tampilkan diri menghubungi saya sekeluarga meminta maaf.

“Saya sangat kesal, kecewa dan terguris dengan penyebaran berita palsu membabitkan kematian seperti ini. Ia sangat sensitif dan tolonglah hormati perasaan orang lain terutama keluarga saya.

“Perkara membabitkan kematian ini tak boleh dibuat main atau suka-suka nak disebarkan. Ini kerana jika betullah perkara itu berlaku suatu hari nanti (meninggal dunia) pasti sukar untuk dipercayai lagi,” katanya.

Berita palsu mengenai kematian Badul dikesan tersebar di Facebook pagi, hari ini.

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...