POLITIK Bakul Sumbangan RM35 Adalah Dari NGO, Bukannya JKM

Bakul Sumbangan RM35 Adalah Dari NGO, Bukannya JKM

-

Parti DAP yang masih dalam tempoh marah dan tidak berpuas hati agaknya selepas kerajaan PH tumbang sering mengambil kesempatan yang ada asalkan dapat digunakan untuk memfitnah kerajaan selain kerajaan PH kerana dengki dan sentiasa berniat jahat.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya semalam menjelaskan permainan fitnah DAP yang menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak dua hari lalu memainkan cerita bakul makanan.

Berikut ialah hantaran Facebook Najib Razak :-

Sejak dua hari lalu, DAP banyak memainkan cerita bahawa bakul makanan bantuan yang kononnya dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat hanya bernilai RM35.

Tohmahan ini mula dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Rasah Cha Kee Chin selepas dia diedarkan 150 bakul makanan olehJKM untuk diedar kepada penduduk parlimen Rasah.

Lalu, propaganda bahawa RM65 setiap bakul telah disonglap PN mula disebar oleh DAP dan PH – terutama kepada kaum Cina.

Tapi paling pelik ialah bakul-bakul makanan yang diedar oleh JKM kepada lain-lain ahli parlimen DAP seperti di Kulai dan di Cheras adalah amat berbeza pula di mana mereka mengaku bakul bekalan mereka adalah bernilai RM100.

Malah jenis makanan, brand makanan dan bungkusan bekalan Kulai dan Cheras adalah jauh berbeza dengan apa yang diberi kepada Rasah.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti yang dituduh Ahli Parlimen Rasah.

Malah, bakul bekalan ini adalah sumbangan dari NGO dan bukan dibeli dan dibekalkan oleh kerajaan.

Bakul makanan RM35 sumbangan NGO, bukan JKM – Ismail Sabri

Ini ialah kerana NGO pernah disuruh untuk menghantar bantuan makanan untuk krisis Covid mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kemudiannya akan mengedarkannya.

COVID-19: Sumbangan NGO diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Walaupun diberitahu ini, Ahli Parlimen DAP Rasah tak menarik balik tuduhan dia atau meminta maaf.

Malah, jentera DAP sudahpun memulakan propaganda menipu mereka bahawa PN telah songlap RM65 setiap bakul dan Menteri PN Rina Harun kononnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa RM65 itu adalah kos penghantaran.

Anak buah Nga Kor Ming, ADUN Perak Chong Zhemin pun membuat video dalam bahasa Cina untuk melanjutkan fitnah bahawa kerajaan PN berbelanja RM100 untuk membeli barangan bernilai RM35. (KLIK DI SINI)

Video ini sudah disebar secara meluas oleh DAP dan kini telah cecah 6,000 kongsian.

Chong Zhemin yang banyak menolong Nga Kor Ming untuk menghasut Rakyat ini bukan boleh percaya pun.

Dulu, dia pernah membuat laporan polis bahawa PM ke-4 telah simpan RM1.194 TRILLION diluar negara.

Baru-baru ini, Chong Zhemin juga telah disaman oleh MCA kerana membuat tuduhan bahawa MCA telah menyalahgunakan peruntukan kerajaan sebanyak RM150 juta untuk membiayai pembinaan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Namun, tuduhan Chong telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan di bawah kerajaan PH sendiri pula.

Sebab itu, MCA saman Chong Zhemin.

20 Februari 2020: MCA saman ADUN Keranji kerana tuduh salahguna dana

Kerajaan PN patut mematuhi arahan bekas Timbalan Menteri PH dahulu dan juga saranan media DAP Rocketkini bahawa kerajaan patut siasat dan cari ke lubang cacing sesiapa yang memfitnah kerajaan.

21 Februari 2020: Penyebar berita palsu akan diburu hingga ke lubang cacing

Sebab itu, geng Rina Harun patut membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin serta ADUN DAP Chong Zhemin supaya pihak berkuasa boleh menyiasat jika mereka telah menyebarkan berita palsu untuk menghasut Rakyat dalam tempoh krisis Covid ini.

(Walaupun tuduh PN songlap RM65 setiap bakul, Cha dan Chong tak buat laporan polis atau SPRM pulak)

Ikutlah saranan PH masa dahulu. Sudah tentu mereka tak akan mengadu kerana ini adalah arahan mereka dahulu.

Paling menyedihkan ialah geng-geng DAP ini sebenarnya tidak patut diberi bekalan bantuan kerajaan pusat untuk diedarkan oleh mereka.

Lalu, kerajaan PN membenarkan mereka membantu setelah mereka merayu.

Selepas dibenarkan, mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan pusat pulak.

Kalau PH masih berkuasa, ahli parlimen pembangkang tidak akan diberikan peluang ini.

Tengok apa yang Ahli Parlimen Kota Kinabalu DAP cakap hari ini.

Dia kata kerajaan PH Sabah tidak akan memberikan apa-apa peruntukan kepada ahli parlimen PN untuk bantuan Covid.

24 April 2020: Don’t expect state’s funding, Chan tells Federal-aligned MPs

Tapi di sini pula, ahli parlimen DAP diberi peluang oleh kerajaan PN tetapi balasan yang diterima ialah fitnah pulak.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...