NEGARAKU AM Beratur ambil air jam 7 pagi, oh Selangorku

Beratur ambil air jam 7 pagi, oh Selangorku

-

SHAH ALAM : Seawal 7 pagi tadi, penduduk sekitar Shah Alam dan Klang beratur bagi mendapatkan bekalan air di Pusat Khidmat Setempat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang dibuka di hadapan Dewan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 4, di sini.

Ini susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang selepas Sungai Selangor dicemari pelarut yang dibuang oleh kilang tidak bertanggungjawab.

Tinjauan di Jalan Durian, 4/1 mendapati ada juga penduduk berulang-alik mengambil air lebih sekali bagi menampung isi rumah yang ramai.

Seorang penduduk dari Meru, Klang, Shaparin Abdul Rahim, 32, berkata beliau ke lokasi untuk mendapatkan bekalan air sebaik mendapat maklumat mengenai bekalan air disalurkan di situ menerusi aplikasi Air Selangor dan WhatsApp.

“Kebetulan saya dengan keluarga berada di Hospital Shah Alam, selesai urusan di hospital terus datang ke sini.

“Di rumah kami, sejak jam 12 tengah hari semalam tiada air, sebelum dapat tahu tempat ini, kami beli air mineral dengan jumlah yang banyak untuk kegunaan terutamanya minum manakala semua makanan kami beli sahaja.

“Saya harap kerajaan lebih prihatin dengan perkara ini terutamanya, sungai diwartakan supaya kilang tidak sesuka hati bina di kawasan terbabit, kerana ini memberi kesan jangka panjang kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Mogan Dhas Giri, 39 dari Seksyen 23 pula kecewa dengan kerajaan berikutan maslaah bekalan air di Selangor kerap berlaku.

“Saya kecewa sebab kerap sangat berlaku tiada air di Selangor, kerajaan negeri kena lebih tegas terutamanya penguatkuasaan di kilang haram yang dibina. Ambil tindakan tegas kepada kilang terbabit,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Al Basir Sarip Basal, 34 dari Seksyen 24 yang beratur sejak jam 12 tengah hari bersyukur kerana dapat bekalan air untuk kegunaan menampung keluarga seramai empat orang.

“Air tiada sejak jam 8 malam tadi, semalam saya beli air mineral untuk keluarga sebelum dapat tahu tempat agihan air ini menerusi aplikasi Air Selangor,” katanya.

Difahamkan, dua tangki yang boleh menampung sebanyak 500 liter air setiap satu disediakan sejak jam 5 petang semalam.

Bagaimanapun, penduduk mula beratur mendapatkan bekalan air di tempat agihan itu sejak pagi tadi.

Selain mengambil bekalan air, ada juga penduduk membuat aduan agar bekalan air dihantar ke lokasi tempat mereka tinggal.

Sehingga jam 3 petang ini, penduduk tidak henti-henti datang bersama botol dan tong pelbagai saiz mendapatkan bekalan air termasuk madrasah dan asrama.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...