NEGARAKU AM Beza Tabung Covid19 dan Tabung Harapan Malaysia

Beza Tabung Covid19 dan Tabung Harapan Malaysia

-

Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkannya pada 11 Mac lepas, kutipan tabung wabak Covid-19 pada 7 April lepas sudah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM22.66 juta daripada pelbagai pihak dan juga geran kerajaan.

Selain wang tunai, tabung itu turut menerima sumbangan barangan dengan nilai terkumpul sebanyak RM26.9 juta. Tabung berkenaan diwujudkan atas usaha kerajaan membantu rakyat dan pihak yang terjejas akibat krisis wabak penyakit berkenaan yang melumpuhkan perkembangan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk Tabung Covid19.

 

Kewujudan tabung ini membuatkan rakyat membuat perbandingan cara pelaksanaan tabung ini oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Tabung Harapan yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini yang mentadbir negara selama 22 bulan iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Apabila diteliti pada awal penubuhan kedua-dua tabung ini pun sudah nampak ketara apabila rakyat memberikan reaksi amat berbeza pada kedua-duanya.

TABUNG COVID19

Tabung Covid 19 dilancarkan pada ketika negara sedang bergelut berdepan badai penularan wabak yang turut melanda dunia sehingga jumlah orang yang dijangkiti wabak koronavirus ini sudah mencecah lebih 2 juta orang.

Orang ramai menyambut baik penubuhan tabung ini yang akan disalurkan untuk untuk membantu mereka yang terkesan akibat wabak itu seperti mereka yang dijangkiti serta untuk bantuan kepada petugas barisan hadapan untuk terus tabah berdepan krisis ini.

Pada 6 April, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung sudah diberikan dengan jelas kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu.

Menerusi laman Facebook, Muhyiddin berkata sebanyak RM195,000 juga telah disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan Covid-19. Kerajaan turut menjalankan usaha untuk menghubungi waris kepada mangsa lain.

“Bantuan Khas berjumlah RM13,400 pula sudah diserahkan kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji dalam kalangan kontak COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan agihan wang sumbangan adalah sebanyak RM5.88 juta,” kata Muhyiddin.

Kutipan diterima dari banyak pihak khususnya syarikat konglomerat besar yang mendermakan jutaan ringgit untuk membantu kerajaan menghadapi tempoh masa yang mencabar ini.

TABUNG HARAPAN MALAYSIA

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan pada 31 Mei 2018 oleh Menteri Kewangan pada masa itu Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan ia mendapat respon negatif daripada orang ramai khususnya tentang keperluan kerajaan pada masa itu mengutip derma daripada rakyat dengan sebab untuk membayar hutang negara.

Pada masa itu, jumlah hutang negara yang diumumkan kerajaan PH juga dipersoalkan apabila sebelum PH membentuk kerajaan hutang negara secara rasmi ialah RM686.8 bilion, jumlah yang turut diterima oleh Bank Dunia pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Lim melancarkan tabung berkenaan untuk melunaskan hutang negara yang diumumkan kerajaan PH telah mencecah RM1 Trilion.

Selepas ditutup kutipannya pada 7 Februari tahun lepas, kutipan akhir ialah RM205 juta dan menurut Lim ia telah digunakan sepenuhnya membayar hutang.

Bagaimanapun, pengumuman kerajaan dari segi pembayaran hutang juga tidak telus kerana hutang negara pada dasarnya tidak berkurangan sehingga kerajaan pada masa itu terpaksa membuat pinjaman dengan negara matahari terbit melalui terbitan bon samurai.

Kerajaan PH dilihat amat memerlukan wang pada itu sehingga kutipan diterima dari budak sekolah yang sanggup memecahkan tabungnya.

Seorang kanak-kanak yang turut mengeluarkan wang simpanan untuk menderma ke Tabung Harapan Malaysia yang mencetuskan kontroversi dan didakwa sebagai gimik oleh orang ramai ke atas kerajaan PH.

Sehingga hari ini, secara jelas tidak diketahui ke mana perginya wang kutipan tabung berkenaan. – TRI

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...