POLITIK Bukan kami, tetapi PH memecahkan diri sendiri - Abdul...

Bukan kami, tetapi PH memecahkan diri sendiri – Abdul Hadi

-

  • Terdapat usaha menggulingkan Perdana Menteri sebelum ini
  • Kemudian berlaku satu proses demokrasi melalui konsep Raja Berperlembagaan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis politik yang melanda negara sehingga menyaksikan runtuhnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berpunca tindakan gabungan parti itu yang memecahkan diri sendiri.

Katanya, terdapat usaha menggulingkan Perdana Menteri ketika itu menerusi tekanan yang dilihat oleh umum seperti desakan dan sebagainya.

“Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan oleh pintu belakang. Tebuk atap,” katanya dalam perutusan khas yang bertajuk Kabinet Perpaduan Umat.

Meneruskan amanatnya, Ahli Parlimen Marang itu berkata, langkah Pas adalah untuk  menyelamatkan kerajaan dan  negara menerusi proses demokrasi serta mengambil Sunnah Nabi SAW iaitu menyatukan umat Islam dan menyatukan masyarakat majmuk.

Katanya, penyatuan umat Islam adalah melalui usaha perpaduan orang Melayu Islam yang mendominasi rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

“Dalam masa yang sama tidak boleh dinafikan masyarakat majmuk,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, bagi menyatukan umat Islam, Pas dan UMNO bergabung atas nama Muafakat Nasional seterusnya kalangan ilmuwan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan Kongres Maruah Melayu

“Pas menyertai persidangan itu. UMNO juga menyertai persidangan itu.

“Dan kita telah berjaya membuat satu gabungan wakil-wakil rakyat kalangan orang Melayu Islam dan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.” katanya.

Kejayaan mengetepikan unsur perkauman itu, katanya, diterjemahkan melalui Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai iaitu kawasan majoriti orang Melayu Islam.

Pas dan UMNO, katanya,  berganding bahu menyokong calon MCA yang bukan Islam untuk melawan calon Melayu Islam daripada Bersatu yang ketika itu masih dalam Pakatan Harapan.

“Dengan usaha yang gigih kita telah berjaya memenangkan calon MCA.

“Maka berlakulah satu gambaran yang awal betapa kita perlu memecahkan masyarakat majmuk yang ada unsur-unsur negatif (seperti) unsur cauvinis, perkauman yang mesti ditolak.

“Seterusnya kita juga mengajak Sabah dan Sarawak yang tidak terlibat dengan krisis sebenarnya tetapi mereka terpalit dengan krisis yang berlaku. Diajak sama untuk berpadu, bergabung dalam membuat perubahan ini,” katanya.

Maka berlakulah satu proses demokrasi melalui konsep Raja Berperlembagaan.

Katanya, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam politik tetapi ada peranan dalam Perlembagaan melalui tandatangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong Dr Mahathir untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan mendapat majoriti yang boleh mengubahkan kerajaan.

“Apabila mereka menyedari usaha ini, kalangan yang mempertahankan Pakatan Harapan yang rapuh itu telah mengubah strategi untuk menyokong Tun Mahathir.

“Kononnya untuk menyokong Tun Mahathir, kemudian mereka pusing balik, buat pusingan U untuk tidak menyokong Tun Mahathir, memilih calon yang mereka pilih,” katanya.

Bertolak daripada itu, katanya, Muafakat Nasional memutuskan untuk memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi calon Perdana Menteri bagi menghalang pusingan U yang dibuat dua kali – sekali sokong Tun Mahathir, sekali tak sokong Tun Mahathir.

“Alhamdulillah akhirnya kita berjaya dengan cara demokrasi bukan cara pintu belakang. Mengikut Perlembagaan yang sah berlakulah satu perubahan yang sangat menarik yang tidak mengorbankan rakyat dan tidak menyusahkan rakyat,” katanya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...