NEGARAKU AM Bukan saya punca gelombang kedua Covid-19 - Hisham

Bukan saya punca gelombang kedua Covid-19 – Hisham

-

KUALA LUMPUR- Pengerusi UDA Holdings Bhd. Datuk Hisham Hamdan menjelaskan gelombang kedua Covid-19 di Malaysia bukan bermula daripada beliau meskipun mempunyai kaitannya dengannya.

Tegasnya, beliau menghadiri persidangan di Shanghai, China pada 13 hingga 17 Januari yang mana ketika itu bandar raya tersebut masih belum mempunyai sebarang kes positif Covid-19.

Shanghai merekodkan kes pertama positif Covid-19 pada 20 Januari 2020.

Tambahan pula, simptom wabak berkenaan hanya muncul pada 27 Februari atau kira-kira lima minggu selepas Hisham pulang dari China dan ini menyebabkan terdapat kemungkinan beliau dijangkiti virus berkenaan kita berada di Malaysia.

Ini kerana hasil penyelidikan saintifik menunjukkan proses inkubasi virus novel koronavirus itu mengambil masa kira-kira 14 hari sahaja.

Menurut Hisham, pertemuan dengan pesakit Covid-19 adalah pada 21 Februari ketika menghadiri satu mesyuarat, kira-kira lima minggu selepas beliau pulang dari Shanghai.

Tambahnya, beliau turut menghadiri beberapa mesyuarat dalam tempoh 21 Februari sehingga 27 Februari dengan individu-individu yang selepas itu disahkan positif Covid-19.

Hisham yang dikenal pasti sebagai kes 26 turut menghadiri mesyuarat pada 24 Februari dengan pengurusan UDA namun kesemua 13 mereka disahkan negatif Covid-19.

Beliau juga turut menghadiri satu majlis anjuran sebuah kementerian atas kapasiti Pengerusi UDA dan menegaskan tidak pernah menghadiri sebagai majlis berkaitan politik.

Bagi meringkaskan cerita, bersandarkan fakta-fakta yang telah saya nyatakan, saya mengaku mempunyai kaitan dengan kes-kes gelombang kedua Covid-19 di Malaysia tetapi “mempunyai kaitan” dan “menjadi sumber” virus tersebut adalah dua perkara yang sangat berbeza.

“Kita perlu memberikan sepenuh sokongan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti Pesakit Kosong.

“Satu lagi, berdasarkan penyelidikan perubatan, tempoh inkubasi bagi virus tersebut adalah dua minggu jadi saya tidak dijangkiti ketika dalam lawatan di Shanghai tambahan pula ketika itu, masih tiada kes positif direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hisham, kesemua ahli keluarga beliau disahkan negatif Covid-19, bagaimanapun pemandu beliau di UDA serta seorang paramedik di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) disahkan positif.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat lima kes baharu Covid-19 yang mana kesemua kes tersebut merupakan kontak rapat kepada kes 26.-MalaysiaGazette

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...