BERITA Cemburu dipercayai motif ejen insurans wanita dibunuh

Cemburu dipercayai motif ejen insurans wanita dibunuh

-

ALOR SETAR: Cemburu dipercayai punca seorang gadis yang juga ejen insurans disyaki dibunuh di rumah sewanya di Taman Mahsuri, Jitra, semalam.

Mayat Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, yang lengkap berpakaian ditemui rakan serumahnya dalam keadaan terbaring di ruang tamu kediaman itu, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata polis sudah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga pasar malam.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang bekerja sebagai ejen insuran di Bandar Darulaman, didapati menyewa rumah teres satu tingkat itu bersama dua rakannya hampir tiga tahun lalu.

“Mangsa tinggal seorang diri di rumah ketika kejadian itu yang hanya disedari rakannya pada jam 9.45 malam tadi selepas mendapati mangsa terbaring di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sapii berkata, pemeriksaan tidak menemui kesan luka, namun terdapat kesan biru lebam pada bahagian badan mangsa.

“Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada barang peribadi milik mangsa hilang dan keadaan dalam rumah juga tidak berselerak. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.10 tengah malam tadi sebelum menghantar anggotanya ke lokasi.

Kejadian itu dipercayai antara jam 4 petang semalam hingga 9.45 malam tadi dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...