NEGARAKU AM Ceroboh Tanah: Kerajaan Pahang tegas bukan zalim

Ceroboh Tanah: Kerajaan Pahang tegas bukan zalim

-

Pas Pahang menyokong penuh langkah yang diambil Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk bertindak tegas terhadap pekebun durian Musang King di Raub yang menceroboh tanah milik kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Jabar berkata, ketegasan itu tidak bermakna kerajaan negeri melakukan kezaliman terhadap pekebun terbabit tetapi sebagai pengajaran kepada rakyat di negeri ini supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ada.

“Pematuhan pada undang-undang tanpa mengira status bangsa dan kedudukan mereka bersesuaian dengan Pahang yang juga memiliki penduduk majmuk,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Wan Rosdy menjelaskan tindakan Kerajaan Pahang meminta semua pekebun mengosongkan tanah yang diteroka secara haram berdasarkan tindakan undang-undang dan tidak berhasrat untuk menindas pekebun durian Musang King di Raub.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur berkata, penerokaan tanah secara haram adalah isu negeri dan perlu diselesaikan mengikut undang-undang serta mesti adil kepada semua pihak.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan Pahang pernah bertindak terhadap pekebun haram tanpa mengira bangsa dengan menggunakan agensi berwajib di peringkat negeri.

“Justeru dalam isu ini Pas Pahang meminta supaya semua pihak berkuasa dan agensi yang terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) memainkan peranan.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) sekalipun boleh bertindak, siasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam isu ini. Rakyat sedang memerhati dan menilai kewibawaan kerajaan Pahang ketika ini dan ia diharap dapat diselesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Rosli berkata, rundingan antara kerajaan negeri dan pekebun perlu berakhir dengan keputusan yang bersifat ‘menang-menang’ bukan saja untuk pekebun Musang King tetapi turut membabitkan pekebun pertanian lain.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...