BERITA Covid-19: China larang import produk laut dari Indonesia

Covid-19: China larang import produk laut dari Indonesia

-

JAKARTA: Sebuah syarikat pengeksport makanan laut Indonesia disenarai sebagai rangkaian syarikat yang bakal dilarang China selepas pembungkusan produk diuji positif COVID-19.

Menurut pejabat kastam dalam satu kenyataan, China akan menghentikan import produk makanan laut dari syarikat PT Putri Indah selama seminggu selepas menemui zarah COVID-19 pada bungkusan ikan layur sejuk beku.

Syarikat yang berpangkalan di Sumatera Utara itu tidak segera bertindak balas terhadap permintaan komen melalui teks dan telefon.

Pihak berkuasa China telah menjalankan siasatan terhadap daging, makanan laut, pembungkusan dan bekas yang diimport yang berpotensi menjadi sumber COVID-19 sejak Jun lalu, selepas berulang kali menemui kesan patogen.

Siasatan mendapati enam daripada lebih 500,000 sampel yang diuji didapati positif COVID-19, kata kastam awal bulan ini.

Sebelum ini, China melarang import produk termasuk daging beku, udang Ecuador dan sayap ayam Brazil berikutan ujian mendapati positif pandemik itu.

Walaupun Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menegaskan tiada bukti COVID-19 boleh tersebar pada makanan dan bungkusan makanan, penyelidik China mendapati COVID-19 pada salmon yang disejuk beku mungkin dijangkiti lebih seminggu. – BLOOMBERG

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...