NEGARAKU AM Covid-19: 8 dikenakan tindakan kerana langgar arahan kuarantin Covid-19

Covid-19: 8 dikenakan tindakan kerana langgar arahan kuarantin Covid-19

-

KOTA KINABALU: Lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti Covid-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari, kata Pengarah Kesihatan negeri, Dr Christina Rundi.

Beliau berkata, 8 individu terbabit masing-masing 3 dari Papar dan 5 dari Tawau. Mereka semua dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Seksyen itu memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai untuk mengarahkan individu diasingkan di rumah dan dikehendaki mematuhi semua arahan ditetapkan.

Kegagalan mematuhi arahan itu boleh menyebabkan individu berkenaan berdepan hukuman di bawah Seksyen 24 akta terbabit yang memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-keduanya.

“Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) ingin mengingatkan semua individu terbabit wajib mengikut arahan (kuarantin di rumah) itu dan jika ingkar boleh disabitkan kesalahan di bawah akta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christina berkata, seramai 4,022 orang diletakkan di bawah kuarantin rumah setakat 6 petang semalam dan 3,790 daripadanya masih dalam pemerhatian JKNS, manakala selebihnya atau 232 orang sudah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.

Beliau berkata, seramai 553 orang ditempatkan di 13 pusat kuarantin di 9 daerah di Sabah dengan 6 daripadanya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pusat kuarantin itu termasuk Asrama Harrington di Kota Kinabalu, Rumah Rehat dan Kem Bina Negara Kundasang di Ranau, Felda Resident Sahabat dan Plasma Inn Station MPOB di Lahad Datu, Rumah Rehat Kinabatangan, Institut Perguruan Tawau dan Projek Perumahan Rakyat Batu Puteh di Sandakan.

Mengulas rakaman video kakitangan Hospital Lahad Datu menjahit sendiri peralatan perlindungan diri (PPE) yang tersebar di media sosial, Christina berkata, ia adalah usaha inovatif kakitangan hospital sementara menunggu bekalan PPE sampai.

“Ini bukan bermaksud JKNS gagal melakukan perolehan untuk peralatan ini atau ketidakprihatinan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.”

Semalam, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon berkata, kekurangan PPE disebabkan masalah bekalan, bukannya kekangan kewangan – FMT

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...