BERITA COVID-19: Arab Saudi jalankan kerja pembersihan, sterilisasi

COVID-19: Arab Saudi jalankan kerja pembersihan, sterilisasi

-

MAKKAH: Arab Saudi mengosongkan lokasi paling suci Islam, semalam, bagi menjalankan sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap COVID-19 selepas ia ditutup untuk kali pertama dengan penggantungan sementara ibadat umrah, lapor media negara ini.

Keputusan penggantungan itu turut membabitkan rakyat dan penduduk di Arab Saudi, kelmarin, selepas penguatkuasaan sama ke atas jemaah dari luar negara diumumkan pada minggu lalu dalam usaha membasmi penularan virus berkenaan.

Siaran televisyen negara ini menunjukkan keadaan lenggang di kawasan sekitar Kaabah yang lazimnya padat dengan puluhan ribu jemaah.

Saudi Press Agency yang dikendalikan kerajaan memetik seorang pegawai masjid berkata, sebagai ‘langkah berjaga-jaga’, kawasan berkenaan akan terus ditutup selagi ibadat umrah digantung tetapi jemaah akan dibenar menunaikan solat di dalam masjid.

Menurut pegawai itu lagi, Masjidil Haram serta Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup sejam selepas solat isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat subuh bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan serta sterilisasi.

Dalam pada itu, sekumpulan pekerja pembersihan dilihat menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah

Seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP, keputusan menutup kawasan terbabit ‘julung kali dilakukan’.

Kelmarin, Arab Saudi menggantung sementara ibadat umrah ke atas rakyat dan penduduk di negara ini kerana bimbang COVID-19 menular di kota suci.

Ia menyusuli langkah pihak berkuasa menggantung sementara visa umrah dan melarang rakyat daripada negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk memasuki Makkah serta Madinah, minggu lalu.

Semalam, Arab Saudi mengesahkan tiga jangkitan baharu coronavirus, menjadikan jumlah lima kes dilaporkan, setakat ini. – AFP

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...