BERITA Covid-19 ditemui pada kepak ayam

Covid-19 ditemui pada kepak ayam

-

BEIJING – Pihak berkuasa di China telah menemui koronavirus (Covid-19) pada sampel kepak ayam import dari Brazil yang dilaporkan di bandar Shenzhen.

Pusat kawalan penyakit tempatan menguji sampel daripada kepak ayam itu sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin yang dilakukan pada daging dan makanan laut import sejak Jun lalu susulan penularan gelombang jangkitan kedua yang dikaitkan dengan pasar borong Xinfadi di Beijing.

Pihak berkuasa kesihatan turut menjalankan ujian ke atas kesemua individu yang berisiko dijangkiti dengan produk makanan tercemar itu, namun keputusannya adalah negatif.

Kelmarin, jurucakap majlis perbandaran Yantai di timur wilayah Shandong memaklumkan virus tersebut ditemui pada bungkusan makanan laut sejuk beku dibeli oleh tiga syarikat tempatan, namun ia tidak menyatakan negara pengeksport terlibat.

“Sebahagian daripada makanan laut tersebut telah diproses untuk dieksport manakala bakinya ditempatkan dalam simpanan sejuk beku dan belum dipasarkan,” ujarnya.

Difahamkan, Pada bulan lalu, pihak berkuasa kastam di Dalian, pelabuhan utama di wilayah Liaoning menjumpai Covid-19 pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador hingga menyebabkan Beijing menggantung import dari tiga pengeluar di Quito.

Dalam perkembangan lain, dua pesakit yang telah sembuh daripada jangkitan virus itu telah disahkan positif semula selepas beberapa bulan.- Agensi

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...