EKONOMI Covid-19: IMF unjur ekonomi dunia -3%, kemelesetan paling teruk

Covid-19: IMF unjur ekonomi dunia -3%, kemelesetan paling teruk

-

Dipacu pandemik Covid-19, ekonomi global mungkin mengalami kemelesetan paling teruk sejak Zaman Kemelesetan pada 1930-an dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Ini adalah krisis yang tidak pernah berlaku dan wujud ketidaktentuan mengenai kesannya terhadap kehidupan rakyat,” kata Ketua Ekonominya, Gita Gopinath dalam prospek ekonomi dunia terkini, semalam.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kini diunjurkan pada -3% tahun ini, kemelesetan jauh lebih buruk daripada -0.1% semasa krisis kewangan global 2009.

Unjuran pertumbuhan diturunkan lebih daripada 6 mata peratusan berbanding pertumbuhan 3.3% yang dikemas kini IMF pada Januari – semakan yang luar biasa dalam tempoh singkat.

“Keadaan yang digelar ‘The Great Lockdown’ ini dijangka menyebabkan kemerosotan pertumbuhan global secara mendadak. Pemulihan separa diunjurkan untuk 2021, dengan tahap KDNK akan kekal di bawah trend pra-virus, dengan ketidaktentuan terhadap tahap pemulihan kelak.”

Hasil pertumbuhan buruk mungkin berlaku.

Katanya, ini akan berlaku jika langkah pencegahan pandemik itu berlaku lebih lama, negara sedang berkembang dan membangun akan terjejas teruk, keadaan kewangan yang sukar akan berlanjutan, atau ia mungkin menyebabkan penutupan perniagaan dan kadar pengangguran.

Gita berkata, krisis ini perlu ditangani dalam 2 fasa: fasa pencegahan dan penstabilan diikuti fasa pemulihan. Dalam kedua-dua fasa, kesihatan awam dan dasar ekonomi mempunyai peranan penting.

“Kuarantin, perintah berkurung dan penjarakan sosial adalah kritikal untuk memperlahankan penyebaran Covid-19, memberi masa kepada sistem penjagaan kesihatan untuk mengatasi permintaan meningkat bagi perkhidmatan mereka dan masa untuk penyelidik membangunkan vaksin.

“Langkah-langkah ini dapat membantu menghindari kejatuhan aktiviti yang lebih teruk dan berlarutan serta menetapkan tahap pemulihan ekonomi.”

Beliau berkata, meningkatkan perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan penting untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan mempunyai kapasiti dan sumber mencukupi.

Pemberian khas untuk profesional perubatan – yang berada di barisan depan memerangi pandemik – harus dipertimbangkan, termasuk, sebagai contoh elaun pendidikan bagi keluarga mereka.

Katanya, walaupun ekonomi menutup operasinya, penggubal dasar perlu memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan mereka dan perniagaan dapat dipulihkan selepas pandemik itu berakhir.

“Ini memerlukan langkah fiskal, monetari dan kewangan bersasar untuk mengekalkan hubungan ekonomi antara pekerja dan firma serta peminjam dan pemberi pinjaman, menjaga infrastruktur ekonomi dan kewangan masyarakat secara utuh.”

Beliau memberi contoh, di pasaran negara berkembang dan membangun dengan sektor informal yang besar, teknologi digital baru dapat digunakan untuk memberikan sokongan disasarkan.

Mengulas unjuran pertumbuhan, laporan yang dikeluarkan organisasi berpusat di Washington itu berkata, pertumbuhan dalam kumpulan ekonomi maju – di mana beberapa negara dilanda wabak itu secara meluas dan menerapkan langkah pengekangan – diunjurkan pada -6.1% tahun ini.

Kebanyakan negara di dalam kumpulan dijangka mengalami kemerosotan tahun ini, termasuk Amerika Syarikat (-5.9%), Jepun (-5.2%), United Kingdom (-6.5%), Jerman (-7%), Perancis (-7.2%), Itali (-9.1%) dan Sepanyol (-8%).

Di bahagian Eropah, wabak itu teruk seperti di wilayah Hubei, China. Walaupun penting untuk mencegah virus itu, perintah berkurung dan kawalan pergerakan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.

Antara pasaran baru dan negara membangun, semua negara menghadapi krisis kesihatan, kejutan permintaan luaran yang teruk, kesukaran dramatik dalam keadaan kewangan global dan kejatuhan harga komoditi yang akan memberi kesan teruk terhadap aktiviti ekonomi dalam pengeksport komoditi, kata laporan itu.

Secara keseluruhannya, kumpulan pasaran sedang berkembang dan negara membangun dijangka jatuh sebanyak 1% pada 2020; tidak termasuk China, kadar pertumbuhan untuk kumpulan itu dijangka berada pada -2.2%.

KDNK Malaysia berkembang 9%

IMF mengunjurkan pertumbuhan KDNK Asean-5 berkembang pada 7.8% dan Malaysia pada 9% tahun depan.

Selain Malaysia, Asean-5 yang meliputi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam masing-masing akan berkembang kepada 8.2%, 6.1%, 7.6% serta 7%.

Untuk tahun ini, IMF menjangkakan ekonomi Malaysia merosot 1.7% kerana KDNK Asean-5 susut 0.6%.

Unjuran IMF 2021 untuk Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan pertumbuhan oleh Fitch Ratings sebanyak 5.8%.

Pertumbuhan global dijangka pulih kepada 5.8% pada 2021, mencerminkan normalisasi aktiviti ekonomi daripada tahap sangat rendah, kata IMF dalam laporan yang dikeluarkan semalam.

“Kumpulan ekonomi maju dijangka berkembang pada 4.5%, manakala pertumbuhan untuk negara berkembang dan kelompok ekonomi membangun dijangka berkembang pada 6.6%.”

Sebagai perbandingan, pada 2010 pertumbuhan global setelah krisis kewangan global pulih kepada 5.4% daripada -0.1% pada 2009.

Bagaimanapun, katanya, pemulihan pada 2021 sangat bergantung kepada sama ada pandemik itu akan hilang pada separuh kedua 2020, membolehkan usaha pencegahan secara beransur-ansur dikurangkan dan memulihkan keyakinan pengguna serta pelabur.

Tindakan dasar ekonomi signifikan dilakukan di seluruh dunia yang menumpukan perhatian dalam memenuhi syarat penjagaan kesihatan awam, sementara mengehadkan kesannya ke atas aktiviti ekonomi dan sistem kewangan.

Pemulihan itu dianggap sebagai tindakan dasar yang berkesan untuk mencegah kemuflisan firma, kehilangan pekerjaan berlanjutan dan tekanan kewangan kepada seluruh sistem.

Meskipun demikian, tahap KDNK pada akhir 2021 di pasaran negara berkembang dan membangun diunjurkan kekal pada tahap sebelum berlakunya pandemik Covid-19.

Melihat dari segi skala kemerosotan ekonomi, wujudnya ketidaktentuan mengenai pemulihan kelak.

“Beberapa aspek yang menyokong pemulihan itu mungkin tidak berlaku, dan hasil pertumbuhan global yang lebih buruk mungkin terjadi – misalnya, kemerosotan lebih teruk 2020 dan pemulihan yang sedikit pada 2021 – bergantung keadaan pandemik itu dan tahap ekonomi berkaitan yang terjejas.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...