NEGARAKU AM Covid-19: Jalan alternatif sempadan Perak, Selangor ditutup

Covid-19: Jalan alternatif sempadan Perak, Selangor ditutup

-

  • Jalan alternatif Hulu Bernam – Tanjung Malim di jambatan menghala ke Stesen Bas ditutup sepenuhnya.
  • Sempadan menggunakan Laluan Persekutuan 1 di jambatan berhampiran Taman Universiti masih dibuka dan Polis mengadakan sekatan jalan rasa disitu.

Jalan alternatif yang menghubungkan Tanjung Malim, Perak dengan Hulu Bernam, Selangor di Jambatan Stesen Bas Tanjung Malim ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas sejak 3 April lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penutupan jalan di sempadan Perak dan Selangor itu bagi mengehadkan dan mengawal pergerakan orang ramai selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Ia adalah jalan alternatif, namun Jalan Persekutuan Taman Universiti/Hulu Bernam bagi laluan sempadan Perak dan Selangor masih dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa gambar yang tular di laman sosial menunjukkan anggota polis mengawal penutupan jalan menggunakan kon yang mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak turut menutup empat laluan ke pekan Teluk Intan bermula 13 April ini bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai susulan pelaksanaan PKP.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata laluan terlibat adalah Jalan Pintas Lembaga Hasil Dalam Negeri Hilir Perak; Jalan Jawa; Jalan Sultan Abdullah ke Jalan Padang Tembak (susur kiri) menghala ke Bazar Nanas dan Jalan Maharajalela mulai lampu isyarat persimpangan Hotel Grand Court.

Katanya beberapa laluan alternatif boleh digunakan untuk pergi dan balik ke pekan Teluk Intan antaranya Jalan Changkat Jong menghala ke Jalan Sekolah/Jalan Bandar. – BERNAMA

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...