NEGARAKU AM COVID-19 : KDN terima sumbangan 20,000 topeng muka

COVID-19 : KDN terima sumbangan 20,000 topeng muka

-

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sumbangan 20,000 topeng muka daripada Kedutaan Besar China di Malaysia, hari ini, untuk digunakan petugas barisan hadapan kementerian itu.

Sumbangan disampaikan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said; Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Jamil Rakon; serta Timbalan KSU (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz.

KDN dalam satu kenyataan merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan itu yang disifatkan sangat bermakna ketika negara sedang berjuang memerangi wabak COVID-19.

“Sumbangan ini mencerminkan hubungan diplomatik dan persahabatan erat antara kedua-dua negara,” katanya.

Kelmarin, Kedutaan Besar China di Malaysia menyerahkan pelbagai peralatan perubatan kepada Kementerian Kesihatan bagi membantu barisan hadapan kementerian itu menghadapi COVID-19.

Antara yang disumbangkan ialah lebih 100,000 kit diagnostik asid, kit ujian (100,000 unit), topeng muka N95 (500,000 unit), topeng muka pembedahan (50,000 unit) dan peralatan perlindungan diri (200 unit). – BH

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...