NEGARAKU AM COVID-19: Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan

COVID-19: Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan

-

Saya tak berapa berkenan apabila kerajaan PN ditubuhkan dahulu. I made it very clear dalam pelbagai status.

Tapi memerhati apa yang berlaku dalam pengurusan krisis paling besar dalam sejarah Malaysia moden, saya perasan terlalu banyak tindakan yang sedang membudayakan politik baru dalam negara

Pertama, fokus. Jika anda semua perasan, selepas berlakunya putar belit terhadap ‘tragedi air suam’ Dr Adham Baba, beliau tidak lagi muncul di media.

Tugas itu sekarang dipikul sama ada oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham atau diserap di dalam ucapan Menteri Kanan DS Ismail Sabri. Dr Adham kini bekerja di belakang tabir

Sebenarnya banyak sahaja kajian yang membenarkan ucapan Dr Adham (yang ditwist oleh pembangkang), tetapi kerajaan hari ini memilih untuk fokus menyelesaikan tragedi dan bukannya bermain di dalam padang politik.

Dr Adham ‘dikorbankan’ supaya rakyat tidak terganggu dengan mainan politiking yang akhirnya boleh menatijahkan kehilangan kepercayaan kepada perintah kerajaan

Kedua, hubungan erat antara penjawat awam dan menteri. Walaupun ada kenyataan Dr Noor Hisham yang diseleweng sesetengah pihak untuk membunuh karier Menteri Kesihatan, tidak ada langsung tuduhan deep state.

Jauh berbeza dengan sebelum ini apabila ada KSU Kementerian ditukar selepas tidak bersetuju dengan prosedur perolehan yang dibuat menteri.

Ketiga, koordinasi dan pergerakan arahan antara setiap pemimpin. Selepas kekeliruan pada perintah pertama MKN, segala sidang media selepas itu berjalan dalam keadaan tersusun dan tidak bercanggah antara satu sama lain.

Sebarang kenyataan PM akan disusuli dengan perincian daripada DS Ismail Sabri. Sidang media KPK atau Menteri Kesihatan kemudiannya akan menyempurnakan pula perincian Menteri Kanan.

Keempat, telus. Sebelum ini kita bermasalah apabila kebanyakan mangsa COVID-19 tidak diketahui jejaknya. Malahan dalam isu kluster tabligh, ia hanya diketahui selepas Brunei mendedahkan jejak mangsa pertama mereka secara terbuka.

Kali ini berbeza, jejak mangsa boleh diketahui oleh orang awam walaupun ia belum begitu terperinci. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat yang terlibat akan tahu dan bersedia untuk tindakan lanjut.

Kelima, ucapan setiap pemimpin sangat compose, menenangkan serta mudah difahami. Salah satu teknik diplomasi yang baik adalah ‘junking the jargon’.

Istilah-istilah pelik kali ini tidak digunakan kerana matlamat utama kerajaan adalah menyampaikan mesej dan bukannya berlagak pandai

Ia mengingatkan saya satu kisah dalam Perang Korea. Pada tahun 1951, tentera British dikepung Komunis Korea Utara dalam satu pertempuran. Mesej telah dihantar kepada pasukan bantuan US dengan menggunakan perkataan “a spot of trouble”.

A spot of trouble ni macam satu pepatah di British yang menunjukkan masalah besar.

Tapi bila dapat kat tentera US, mereka pula memahami secara literal ‘a spot of trouble’ itu sebagai masalah kecil. Akhirnya bantuan tak sampai dan tentera British tewas teruk dalam pertempuran tersebut

Churchill ketika mengulas isu ini mengatakan, tak pernah berlaku dalam sejarah salah faham sebesar ini daripada dua pihak yang menggunakan bahasa yang sama. Semuanya kerana perangai jargon.

Keenam, hubungan baik antara istana dan kerajaan. Ini dapat kita lihat apabila Istana Negara sentiasa merestui tindakan Pusat sama ada melalui tindakan dan ucapan YDPA di media.

Penekanan YDPA pula akan disambut oleh TS Muhyiddin. Contohnya dalam isu keperluan bekalan perubatan.

Memerhatikan sikap kerajaan hari ini hanya menunjukkan satu perkara. Kerajaan hari ini sedang cuba menanam kepercayaan (trust) kepada rakyat. Setiap arahan akan disertai dengan jaminan kerajaan agar rakyat boleh bertenang

Kerana kunci dalam krisis adalah kepercayaan. Kami mempercayai kerajaan. Kerana dalam peperangan ini kita mesti menang.

Kita akan menang

Dan kita sentiasa menang

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...