NEGARAKU AM COVID-19: Kluster di Pengerang babitkan 15 kes

[Video] COVID-19: Kluster di Pengerang babitkan 15 kes

-

  • 15 kes positif COVID-19, 10 orang ialah rakan sekerja dan lima orang ahli keluarga kes indeks terbabit
  • Mula mengalami gejala pada 12 Mac lalu dan pesakit berkenaan memulakan perjalanan merentasi beberapa buah negeri bagi mengunjungi sanak-saudaranya di sekitar Selangor

Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster COVID-19 di Pengerang, Johor yang menjangkiti 15 individu.

Setakat 22 April, daripada 15 kes positif COVID-19 itu, 10 orang ialah rakan sekerja dan lima orang ahli keluarga kes indeks terbabit, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berumur 10 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit kluster berkenaan ialah kes ke-1,508 yang mula mengalami gejala pada 12 Mac lalu dan mulanya disyaki menghidap demam denggi.

Bagaimanapun, sehari selepas itu pesakit berkenaan memulakan perjalanan merentasi beberapa buah negeri bagi mengunjungi sanak-saudaranya di sekitar Selangor dan pulang ke Pengerang pada 18 Mac lalu.

“Keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac lalu dalam keadaan yang kritikal dan seterusnya disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 22 Mac,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak tujuh kes daripada kluster berkenaan kini sedang menerima rawatan, manakala lapan kes lagi sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

“Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham mengingatkan supaya rakyat terus patuh pelaksanaan PKP dan tidak berkunjung ke rumah rakan dan saudara supaya kejadian seperti kluster Pengerang dan subkluster Rembau tidak berulang.

Katanya, kegiatan kunjung-mengunjung itu termasuklah perjalanan merentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran, termasuk majlis keagamaan dan keraian.

“Mengambil iktibar daripada penyebaran jangkitan COVID-19 di dalam dua kluster berkenaan, masyarakat diminta untuk kekal patuh kepada PKP dan elak daripada melakukan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan dan saudara.

“KKM khuatir aktiviti seperti ini yang sememangnya sudah menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga terutama kepada golongan warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Katanya, ketika Ramadan, umat Islam di negara ini diseru untuk menggunakan peluang yang ada untuk menjalankan kegiatan dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah masing-masing.

“Selain daripada meraikan bulan Ramadan bersama keluarga di rumah, langkah ini dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga yang dikasihi,” katanya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...