POLITIK NAJIB RAZAK Covid-19: Korea Selatan berjaya kawal kenaikan kes tanpa kawalan...

Covid-19: Korea Selatan berjaya kawal kenaikan kes tanpa kawalan pergerakan – Najib Razak

-

  • Korea Selatan telah membuat lebih 300,000 saringan berbanding Malaysia 15,196
  • Memberi saringan percuma memberi pulangan lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang dilaksanakan oleh kerajaan
  • Kuarantin diri secara mandatori selepas diuji dan diberi bantuan kewangan

Pendekatan yang diambil oleh negara Korea Selatan berbeza dengan negara-negara lain.

Korea yang jumlah saiz penduduknya 51 juta orang telah berjaya mengawal kenaikan kes Covid tanpa melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat.

Negara itu mengambil langkah untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu diuji.

Setakat ini, Korea Selatan sudah membuat lebih 300,000 saringan berbanding 15,196 saringan di Malaysia.

Saya tetap berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan prioriti utama kerajaan Malaysia.

Kerana saya percaya kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan.

Saya juga percaya bahawa melaksanakan saringan besar-besaran adalah antara langkah paling efektif untuk melawan Covid.

Kerajaan kata jumlah kos untuk melaksanakan setiap saringan adalah sekitar RM700 seorang.

Ini bermakna jumlah kos untuk melaksanakan 15,196 saringan setakat ini ialah sekitar RM10.6 juta.

Katakanlah kita berjaya menurunkan kos saringan ke RM500 seorang, jumlah kos untuk membuat saringan untuk 1 juta rakyat adalah RM500 juta.

Bayangkan ini.

Jumlah nilai KDNK Malaysia adalah RM1.4 trilion tahun lepas atau sekitar RM3.8 bilion sehari.

Sebab itu, apakah kos RM500 juta berbanding pulangan yang diperolehi jika kita mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita?

Lagipun, kos setiap saringan Covid sedang menurun pada ketika ini kerana semakin banyak syarikat dalam dunia sedang memperkenalkan kit ujian Covid yang semakin mudah diguna dan semakin murah.

Saranan saya kepada kerajaan ialah:

1. Terus berusaha untuk mengurangkan kos saringan serta masa untuk membuat setiap saringan.

2. Meningkatkan kapasiti untuk membuat saringan dan memudahkan cara Rakyat mendapat saringan.

3. Berpakat dengan rangkaian syarikat perubatan swasta untuk bersama-sama memberi saringan percuma tanpa syarat kepada setiap orang di Malaysia (termasuk orang asing tanpa kira mereka ada permit atau tak ada permit) yang ingin diuji sebab mereka percaya mereka mungkin terdedah kepada risiko Covid.

4. Memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori di rumah sendiri atau di pusat kuarantin kerajaan selepas diuji akan dibantu dari segi kewangan dan bekalan makanan serta barangan keperluan dalam tempoh kuarantin.

Dan sesiapa yang melanggar tempoh kuarantin ini akan dipenjarakan.

Rujukan:
Satu demi satu mula tumbang – Najib Razak

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...