NEGARAKU AM Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

-

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kluster baharu di Sabah dikenali sebagai Kluster Basung, Kluster Inai serta Kluster Tempayan, manakala yang lain terdiri daripada kluster Long (Selangor), kluster Melati (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Kluster Cahaya (Selangor), Kluster Bah Kota (Negeri Sembilan) dan Kluster Bina Labuan (Labuan).

1. Kluster Basung (19)
Jeti nelayan daerah Kudat, Sabah
19 kes dikenal pasti positif Covid-19 melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat.

2. Kluster Inai (8)
Daerah Kudat, Sabah
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,619) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Projek Perumahan Rakyat Taman Ehsan, Kota Belud.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif,

3. Kluster Tempayan (19)
Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah
Kluster dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 1 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif.

4. Kluster Long (18)
Hulu Langat di Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong di Wilayah Persekutuan.
Kes indeks (kes ke-16,746) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh di Selangor.

Hasil saringan kontak rapat mendapati 18 lagi kes positif.

5. Kluster Cahaya (18)
Daerah Petaling di Selangor & Tampin di Negeri Sembilan
Kes indeks (kes ke-20,394) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

Hasil saringan kontak rapat mendapati 17 kes positif.

6. Kluster Bah Kota (10)
Sepang di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan
Kes indeks (kes ke-17,988) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan lagi kes positif manakala 161 individu masih menunggu keputusan.

7. Kluster Melati (9)
Titiwangsa di Wilayah Persekutuan dan Daerah Klang di Selangor
Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-18,002) dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif.

8. Kluster Bina Labuan (5)
Wilayah Prsekutuan Labuan
Kes dikenal pasti hasil saringan kemasukan hospital pada 21 Oktober dan telah meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Labuan.

Hasil saringan kontak rapat telah menemui empat lagi kes dikesan positif manakala 55 individu masih menunggu keputusan.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...