BERITA Covid-19: Masjid Al-Aqsa ditutup, hanya laungan azan kedengaran

Covid-19: Masjid Al-Aqsa ditutup, hanya laungan azan kedengaran

-

BAITULMAQDIS, 23 Mac — Solat jemaah tidak dibenarkan di kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur bagi membendung penularan wabak Covid-19, umum Majlis Wakaf Islam pada Ahad.

Agensi berita Anadolu memetik kenyataan majlis itu menyatakan, keputusan berkenaan dibuat selepas mesyuarat tergempar dan akan dikuatkuasakan pada Isnin pagi.

“Larangan solat jemaah ini dibuat untuk tempoh sementara dengan semua pekerja dan pengawal masih diarahkan menjalankan tugas serta aktiviti masing-masing seperti biasa.

“Laungan azan akan diteruskan di Masjid Al-Aqsa pada setiap waktu solat seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, larangan dibuat bagi melindungi nyawa dan kesihatan jemaah.

Sementara itu, Israel melaporkan 62 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menjadikan angka kes positif wabak berkenaan kepada 945 kes.

Kenyataan Kementerian Kesihatan menyatakan, 20 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 37 pesakit sembuh.

Pada Jumaat, Israel mengesahkan kematian pertama akibat wabak berkenaan.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila berkata empat kes baharu dicatatkan di Ramallah dan Hebron, Tebing Barat menjadikan seramai 52 orang dijangkiti wabak itu di seluruh kawasan yang diduduki Israel. Seramai 17 pesakit berjaya sembuh. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...