NEGARAKU AM 'Covid-19 mungkin tersebar di masjid, bukan majlis kenduri'

‘Covid-19 mungkin tersebar di masjid, bukan majlis kenduri’

-

Penduduk di Kampung Parit Hassan menafikan punca penularan wabak Covid-19 di kawasan tersebut berpunca daripada majlis kenduri kahwin pada pada 15 Mac lalu.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit Hassan, Najmuddin Dimyati, 38, berkata, individu yang didapati positif wabak tersebut tidak hadir pada majlis tersebut.

“Pihak yang mendakwa wabak ini merebak menerusi majlis kenduri ini juga bukan tinggal di kawasan ini jadi bagaimana dia boleh dakwa perkara seperti ini.

“Kemungkinan penularan wabak ini bermula semasa individu berkenaan menunaikan solat berjemaah di masjid,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.

Dua kawasan terbabit ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif Covid-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

Najmuddin, yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Baru Al-Huda berkata, selepas pengumuman itu dibuat, keadaan kampung bertukar menjadi sunyi sepi.

“Mujur pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan barang keperluan asas kerana ramai penduduk yang tidak sempat untuk membeli makanan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan tidak memikirkan hal-hal dunia kerana segala keperluan akan diuruskan oleh kerajaan.

“Penduduk dikehendaki memberi kerjasama kepada kakitangan KKM yang akan hadir setiap rumah penduduk bagi tujuan saringan dan pengambilan sampel secara swab.

“Bekalan makanan asas akan disediakan oleh JKM untuk tempoh 14 hari ke rumah masing-masing.

“Sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan urusan. Fikir positif buang perasaan negatif, bersyukur dan reda dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan KKM akan menyediakan dan membina markas perubatan di kawasan Bandar Baru Ibrahim Majid bagi memudahkan operasi kesihatan dan pencegahan Covid-19 dijalankan secara berpusat di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim Majid.

Penduduk dikehendaki memberi kerjasama kepada staff KKM yang akan hadir setiap rumah penduduk bagi tujuan saringan dan pengambilan sample secara swab.

Manakala bekalan makanan asas akan disediakan oleh jabatan kebajikan masyarakat untuk tempoh 14 hari ke rumah masing masing.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...