BERITA Covid-19: Pelajar sekolah rendah disahkan positif

Covid-19: Pelajar sekolah rendah disahkan positif

-

Seorang murid tahun dua di sebuah daerah di Inanam, Kota Kinabalu, disahkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, kesemua kontak rapat pelajar itu telah pun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Jelasnya, mereka yang diarah kuarantin termasuk rakan sekelas, keluarga pesakit dan kontak terlibat di sekolah berkenaan.

Terdahulu, murid terbabit telah dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.
Sehubungan itu, 37 rakan sekelas murid tersebut, ibu bapa dan lapan orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit terbabit.

Jelas Christina, pihaknya dalam pada itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka yang mempunyai gejala demam, batuk atau selesema ke sekolah.
Ini untuk mengelakkan insiden yang menjurus kepada suspek COVID-19.

Tambahnya lagi, para petugas sekolah turut diminta supaya melaksanakan konsep penjarakan sosial di kalangan murid-murid selain menggunakan pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman. Awani

Berita COVID-19
http://pakdin.my/tag/covid-19

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...