NEGARAKU AM Covid-19: 'Pramugari' viral disahkan ada simptom awal COVID-19 dan...

Covid-19: ‘Pramugari’ viral disahkan ada simptom awal COVID-19 dan mental

-

BAGAN SERAI: Pramugari yang melarikan diri sewaktu menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 di Hospital Parit Buntar, Ahad lalu disahkan mempunyai gejala awal wabak itu selain turut mempunyai simptom masalah mental.

Keadaan suspek yang kini dirawat di Hospital Taiping disahkan oleh doktor yang merawatnya.

Dia juga didapati bukanlah seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura seperti yang ditularkan di media sosial sebaliknya hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Kolej Edufly, Sungai Besi pada November 2019.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, memaklumkan dia bertindak melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan bersembunyi di sebuah rumah di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya sekitar jam 3.45 petang semalam suspek bersama rakan lelakinya berusia 26 tahun menyerah diri di perkarangan Hospital Parit Buntar sebelum diserahkan kepada Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

“Selain mempunyai gejala COVID-19, suspek turut dikesan mempunyai simptom kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.

“Terdahulu suspek yang didakwa merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura, bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad, 45, sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam.

“ Selain itu juga suspek yang pernah memaklumkan kepada bapanya sebelum ini bahawa dia berkerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai alasan untuk keluar dari rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, hari ini.

Menurut Omar Bakhtiar lagi soal siasat terhadap rakan lelaki yang dikatakan ‘abang’ suspek sebenarnya bukanlah abang kandung sebenar sebaliknya baru berkenalan selama seminggu.

“Pihak polis turut menasihatkan rakan lelaki suspek membuat pemeriksaan ujian saringan kesihatan dan hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, semalam mendapati lelaki itu negatif COVID-19,”katanya.

Tambahnya kes disiasat dibawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 – BH Online

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...