NEGARAKU AM Daftar di Aplikasi Gerak Jika Mahu Pulang

Daftar di Aplikasi Gerak Jika Mahu Pulang

-

Orang ramai yang berada di kampung dan berhasrat untuk pulang ke ibu kota boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia, bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, mereka yang tiada kemudahan Internet boleh mendaftar diri di balai polis yang berdekatan dengan syarat membuat temu janji terlebih dahulu dengan pihak balai polis berkenaan.

“Keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei setelah mendapat kelulusan MKN atas nasihat KKM. Buat masa ini, kerajaan tidak memberi sebarang jaminan (mengenai) pergerakan memandangkan kita menunggu laporan (daripada pendaftaran) yang akan bermula 25 April ini.

“Waktu itu (25 April) nanti kita boleh tengok seramai mana orang yang mahu pulang. Kemudian baru kita boleh merancang dan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kita akan kaji dahulu buruk dan baiknya dan lebih penting kita kena dapatkan nasihat KKM,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...