NEGARAKU AM Dah 7 hari hilang

Dah 7 hari hilang

-

Jelebu: Seorang wanita meminta bantuan orang ramai mengesan kakaknya yang hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kuala Klawang sejak tujuh hari lalu.

Noorhaslinda Rosli, 30, berkata, kakaknya Noorazura, 35, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental keluar rumah untuk membeli makanan di sebuah kedai makan di Kuala Klawang.

Katanya, kakaknya keluar seorang diri dari rumah pada 3 petang dengan mengenakan pakaian seluar kembang kelabu dan berbaju bunga labuh berwarna hitam hijau.

“Saya dan ahli keluarga sudah mencari kakak yang juga anak sulung dalam keluarga sekitar Kuala Klawang dan berhampiran namun gagal.

“Saya meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan kakak selain berharap dia dijauhkan segala musibah.

“Ada yang memaklumkan kali terakhir kakak dilihat di Terminal One, Seremban dan sekitar stesen minyak pusat bandar dari 2 hingga 6 Oktober (Selasa) lalu,” katanya kepada NSTP.

Noorhaslinda berkata, berikutan itu dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Klawang pada Selasa lalu.

Orang ramai yang mengetahui di mana Noorazura berada boleh menghubungi Noorhaslinda di talian 012-6186908 atau Hafida di talian 018-3574864.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin mengesahkan menerima laporan kehilangan wanita berkenaan.

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...