BERITA Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

-

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, seramai sembilan saspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Sumber itu berkata, sesampai sahaja di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama.
“Ini menyebabkan kesemua saspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada dikalangan ahli keluarga saspek juga hadir untuk proses jaminan.

” Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,”katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

” Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

” Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan saspek-saspek ditangkap semula polis.

” Walau bagaimana pun salah seorang seorang saspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau, “katanya.

Menurutnya, saspek terbabit kemudian masuk ke dalam kenderaan velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

” Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabir sudah melarikan diri.

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard. Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.-HM

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...