BERITA Dewan Rakyat: Langkah mengatasi masalah Liputan Internet luar bandar

Dewan Rakyat: Langkah mengatasi masalah Liputan Internet luar bandar

-

Menjawab soalan YB Tuan Sabri bin Azit (Jerai) berkaitan langkah-langkah untuk mengatasi masalah status liputan Internet di kawasan luar bandar.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“SKMM”) telah dan sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang komprehensif melalui penyediaan liputan jalur lebar dengan menggunakan pelbagai teknologi (termasuk talian tetap dan mudah alih) yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh, stabil dan berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman serta kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat, menerusi pembiayaan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

2. Untuk memperluas perkhidmatan jalur lebar mudah alih, pembinaan menara komunikasi dan menaik taraf alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G telah dan sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.

3. Sehingga bulan Jun 2020, sebanyak 2,360 menara komunikasi telah siap dibina dan 280 menara masih dalam peringkat pelaksanaan.

4. Manakala sebanyak 5,348 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 3G dan 4G, dan sebanyak 11 alat pemancar komunikasi masih dalam peringkat pelaksanaan.

5. Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, pihak Kerajaan telah melaksanakan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di seluruh negara. Sehingga bulan Jun 2020 sebanyak 639,676 sambungan telah tersedia, manakala sebanyak 34,781 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2020.

6. Selain itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, inisiatif penaiktarafan rangkaian berasaskan tembaga kepada rangkaian gentian optik yang melibatkan sebanyak 933,724 pelanggan sedia ada di seluruh negara sedang dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun ini. Jumlah ini dijangka akan diselaraskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor peralihan langganan pelanggan (dengan izin ‘churn’).

7. Pada masa yang sama, Kementerian dan SKMM juga sedang mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri dan pelbagai agensi Kerajaan untuk mengenal pasti lokasi berpenduduk di kawasan pedalaman untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan menggunakan pelbagai teknologi.

YB Datuk Zahidi Zainul
Ahli Parlimen Padang Besar
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...