NEGARAKU AM Dr Jemilah Mahmood Kesal Ada Saudara Sesama Islam Sanggup...

Dr Jemilah Mahmood Kesal Ada Saudara Sesama Islam Sanggup Buat Dakwaan Melulu

-

Berikut ialah kenyataan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam memberi respon kepada dakwaan Datuk Dr Musa Nordin.

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana berkongsi satu penulisan yang agak emosional dari Datuk Dr Musa dan semua dakwaan yang dibuat ke atas Kementerian Kesihatan (KKM) serta kematian seorang anggota petugas kita, iaitu seorang jururawat di Muar.

Saya mendapat tahu tentang perkara ini sebaik sahaja selepas saya meluangkan masa satu jam dengan beberapa pemimpin kanan dalam satu perbincangan bersama delegasi pakar dari China. Dalam mesyuarat itu, kerajaan Malaysia dipuji di atas keputusan tegas dan lancar bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan dan pendekatan dalam prosedur kesihatan termasuk saringan.

Suka saya maklumkan kerana selepas banyak terdapat banyak dakwaan bahawa Malaysia tidak menjalankan saringan yang cukup, saya mendapat tahu di Guangdong yang memiliki populasi 120 juta orang hanya mampu membuat saringan sebanyak 30,000 orang sahaja sehari.

Kadar saringan sehari Malaysia sekarang ialah 13,000 sehari dan tidak lama lagi ia akan meningkat kepada 16,000 saringan sehari menjadikan ia tidaklah terlalu rendah jika dibandingkan dengan populasi yang kita miliki.

Semalam, saya menerima pengesahan bahawa kita berada pada landasan yang betul selepas bercakap dengan ketua makmal serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kemudian, saya mendapat tahu perkara berkaitan komen daripada Datuk Dr Musa. Pertamanya, saya berasa sedih kerana pada hari pertama Ramadan, ada saudara kita sesama Islam sewenang-wenangnya membuat dakwaan tanpa mengesahkan faktanya terlebih dahulu.

Untuk peranan saya, saya berkecuali, saya adalah Penasihat kepada Perdana Menteri untuk kesihatan dan ekonomi. Saya berada dalam mesyuarat setiap pagi untuk mengkaji angka dan statistik, mendengar cerita dari petugas barisan hadapan – bukan hanya statistik tapi cerita tentang mereka dan kehidupan mereka di sebalik setiap angka.

Allahyarhamah jururawat dari Muar, mendapat jangkitan dari rakannya yang sebelum itu dijangkiti dari suaminya yang merupakan seorang daripada pesakit dalam kluster Tabligh. Kedua-dua jururawat berkenaan bertugas di bahagian Wad Ortopedik di mana tidak ada keperluan untuk memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Jadi, dakwaan yang agak dramatik mengatakan kematian beliau adalah disebabkan kekurangan PPE dan tidak diberi perhatian oleh KKM adalah tidak betul dan ia adalah fitnah.

Ya betul, kita sudah kehilangan seorang petugas kesihatan, TETAPI TIDAK ADA SEORANG PUN DARI MEREKA BERTUGAS DI DALAM WAD COVID di mana pemakaian PPE adalah mandatori. Kebanyakan petugas kesihatan yang mendapat jangkitan Covid-19 adalah dari luar hospital, dari sahabat atau dari kontak kasual.

Pada pandangan saya dalam situasi ini, saya menyedari satu keunikan dalam kalangan orang Malaysia dalam perjuangan kita dengan virus yang hanya sebesar 0.025 micron ini. Saya lihat ada keluarga membantu keluarga lain, para syarikat besar bermurah hati memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan kanak-kanak pun membantu menghasilkan PPE.

Suasana ini adalah begitu memberikan inspirasi. Oleh itu, jangan terburu-buru dalam membuat dakwaan. Kita janganlah cuba merosakkan hubungan antara kita daripada menyokong perjuangan satu sama lain. Bilangan mereka yang secara terbuka mengkritik adalah sedikit tetapi mereka lantang dan ada pengikut tersendiri.

Saya juga berasa bangga sempat memberikan khidmat dengan beberapa orang Menteri Kesihatan sebagai seorang daripada Majlis Penasihat Kesihatan di mana Datuk Dr Musa sudah dikenali ramai dengan tahap intelektual dan semangatnya.

Kepada mereka yang mengenali saya dengan baik, mereka akan tahu saya sentiasa memberikan idea dan berkongsi pengalaman saya dan saya akan bersuara jika ada ketidakadilan. Saya akan mengaku jika saya salah dan saya akan menghargai saudara dan saudari petugas yang melakukan tugas dengan cemerlang.

Saya rasa sekarang saya perlu bersuara dan mengatakan bahawa komen Datuk Dr Musa sejak akhir-akhir ini tidak sepatutnya dibuat.

Saya teringat ajaran Ustaz yang mengajar kita tentang bahaya untuk membuat fitnah.

Ada banyak hadis yang menjelaskan tentang bahaya ini. Saya bimbang apabila ada saudara sesama Islam kini begitu mudah lalai daripada memeriksa fakta dan kebenaran. Mereka menggunakan media sosial untuk mewujudkan kebencian, kekeliruan dan kemarahan.

Saya menyeru kepada semua, berikan cadangan yang bernas untuk penyelesaian dan penambahbaikkan, bekerjasama untuk kebaikan yang lebih besar, ketepikan semua perbezaan kini ketika kita berdepan pandemik ini bersama, sama-sama berusaha untuk membantu memenuhi keperluan mereka yang lapar, sakit, murung dan yang memerlukan sekarang ini.

Sebagai seorang Muslim dan petugas profesional, kita ada adab dan etika. Mari kita berkomunikasi dan berhubung dengan cara yang betul. Kita hidup tidak lama dan sudah pasti kita mahu melakukannya yang terbaik bukan?

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar Dia melindunging keluarga saya dari fitnah dan berikan kesabaran dan kebaikan dalam hati dan minda kita supaya kita mampu melalui ujian hebatNya.

Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana ini di Malaysia, amat berbeza dari mana saya datang sebelum ini.

Inilah tanah air saya, di mana keluarga dan semua sahabat saya berada. Perancangan Allah amat tepat untuk saya kembali dengan waktu yang tepat pada waktu ini. Persaraan saya, projek menulis buku dan rancangan bercucuk tanam perlu ditangguhkan dulu.

Saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu Malaysia selama mana yang boleh selagi saya diperlukan.

Kasihanilah kami Ya Allah, Berikan kami petunjuk dan berikan rahmatMu.

Marilah kita berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa Allahyarhamah (jururawat) dan semua yang kembali ke rahmatullah kerana wabak Covid-19 ini. Aamin. Semoga Ramadan anda dipenuhi dengan berkat.

Salam, Jim

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...