POLITIK Dua Kali UMNO Nyatakan Pendirian Tidak Sertai PN Dalam...

Dua Kali UMNO Nyatakan Pendirian Tidak Sertai PN Dalam Mesyuarat MN

-

Pendirian UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional jika didaftarkan kelak telah dinyatakan dalam dua Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Ketua Pergerakan Pemua UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam kedua-dua mesyuarat itu, UMNO tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umb yang tidak mahu UMNO menyertai PN sebagai salah parti komponen.

“Bahkan pendirian ini telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili UMNO dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi Pas,” katanya.

Artikel berkaitan: UMNO umum tidak sertai gabungan Perikatan Nasional

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan yang mendakwa Pas tidak dimaklumkan tentang pendirian UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional jika didaftar.

Takiyuddin berkata, Pas akan terus menyokong kepimpinan kerajaan PN yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu UMNO kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional.

“Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi UMNO,” katanya.

Bagaimanapun menurut Asyraf, sebagaimana yang ditegaskan, UMNO akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU-15.

Kesepakatan juga, katanya, dicapai dengan kepimpinan Pas untuk terus memperkukuhkan Muafakat Nasional tanpa sekelumit perasaan untuk menggagalkan Kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama demi rakyat dan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu menegaskan pendirian UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional dan memaklumkan bahawa Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu telah menyatakan hasrat untuk menyertai Muafakat Nasional.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...