BERITA Enam rumah kedai lama musnah terbakar

Enam rumah kedai lama musnah terbakar

-

JASIN — Enam rumah kedai lama di Pekan Umbai, di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 7.19 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Noh berkata, seramai 33 pegawai dan anggota bomba digerakkan dan tiba ke lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran itu membabitkan deretan rumah kedai yang menjalankan perniagaan kedai perkakasan dan peralatan rumah, kedai runcit dan bengkel motor, dengan lima kedai musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 70 peratus.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran itu dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil menggunakan lima jentera.

Sementara itu, seorang mangsa Chong Chi Wei, 28, berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu menerusi seorang rakannya dan tiba di kedai runcitnya pada pukul 7.30 malam dan mendapati api semakin marak dan merebak ke premisnya.

Katanya rumah kedai kayu itu telah usang dan dipercayai berusia hampir 100 tahun.

“Saya tutup kedai pada pukul 12.30 tengah hari tadi. Saya tak sempat selamatkan apa-apa dari kedai kerana api marak dengan cepat,” katanya.

— BERNAMA

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...