NEGARAKU AM Guru, murid dijangkiti COVID-19, sebuah sekolah di Kulim diarah...

Guru, murid dijangkiti COVID-19, sebuah sekolah di Kulim diarah tutup

-

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah, ditutup selepas dikaitkan dengan penularan jangkitan COVID-19 daripada Kluster Tawar.

Infografik KKM mendedahkan empat kes baharu di Kulim, Kedah membabitkan seorang guru dan tiga murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti COVID-19.

Difahamkan mereka adalah ahli keluarga kepada kes indeks (Kes 9,113).

Kes berkenaan adalah daripada kluster Tawar yang kini sudah memasuki generasi ketiga.

Kluster Tawar sebelum ini dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi terhadap sekolah berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan COVID-19 ke atas semua muridnya. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini.

“Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...