NEGARAKU AM Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

-

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar arahan kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan sedang dijalankan susulan satu kenyataan dimuat naik berhubung Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua itu yang didakwa ingkar kuarantin pada 5 Oktober lepas.

“Beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan beberapa saksi lain juga akan dipanggil,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 serta Seksyen 22(B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan berkaitan usaha kerajaan membendung penularan jangkitan Covid-19.

Amirudin sebelum ini menjalani kuarantin kendiri di rumah bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan sebaik pulang daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas.

Pada 4 Oktober lepas, Amirudin menerusi akaun Twitternya memohon maaf apabila terpaksa keluar daripada menjalani kuarantin bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menyebabkan dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas.

Menerusi hantaran sama, Amirudin berkata beliau tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka, manakala kedua-dua ujian saringan yang dilakukannya menunjukkan keputusan negatif.

Amirudin turut memaklumkan beliau melawat Loji Rawatan Air Sungai Semenyih bagi meninjau situasi pencemaran bersama Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada awal bulan ini, dilaporkan berkata sedang meneliti kes membabitkan Amirudin, termasuk permohonan maaf beliau menerusi media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...