EKONOMI Inix dapat akses bekal vaksin COVID-19

Inix dapat akses bekal vaksin COVID-19

-

Inix Technologies Holdings Bhd (Inix) memperoleh akses pembekalan vaksin COVID-19 daripada sebuah syarikat teknologi tinggi, kata sumber.

“Perjanjian rasmi dijangka dimeterai dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” katanya kepada BH.

Menurut sumber, Inix juga bersedia membangunkan kilang pengeluaran sarung tangan di Perak menerusi usaha sama (JV) dengan syarikat milik kerajaan negeri.

“Inix dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Perak dijangka memeterai perjanjian untuk membangunkan kilang berkapasiti 20 barisan pengeluaran sarung tangan getah perubatan tidak lama lagi.

“JV berkenaan berkomposisi 50:50, dengan GLC Perak akan menyediakan tanah dan separuh daripada modal yang diperlukan.

“Inix pula akan menyediakan baki modal termasuk pakar pengurusan dan teknologi,” katanya.

Bulan lalu, Inix menjalin kerjasama dengan Lyglan Properties Sdn Bhd (Lyglan) bagi memperluaskan lagi pengeluaran sarung tangan getah untuk pasaran antarabangsa, susulan permintaan semakin tinggi produk itu dalam industri perubatan global.

Inix memeterai surat tawaran untuk kilang terletak di Kawasan Perindustrian Sendaya daripada Lyglan, yang terletak di kawasan strategik berkeluasan 20,250 meter persegi.

Sementara itu, awal bulan lalu, ia melantik hartawan berpengaruh dari Macau, Wan Kuok Koi dan sebagai pengerusinya yang baharu.

Syarikat itu turut melantik dua lagi individu berpengaruh iaitu Datuk Tan Choon Hwa dan Lee Han Keat, masing-masing sebagai naib pengerusi dan pengarah eksekutif Inix.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...