GAYA HIDUP Jika ada 5 tanda ini, anda mungkin dah ketagih...

Jika ada 5 tanda ini, anda mungkin dah ketagih media sosial!

-

DI era digital hari ini tidak hairan jika media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, malah ramai yang pasti mempunyai akaun Instagram, Facebook dan Twitter sendiri.

Namun tanpa disedari, ia adalah ‘pisau’ bermata dua yang boleh menyebabkan kita ketagih, selain mengganggu kesihatan fizikal dan mental jika tidak digunakan secara berhemah.

Cuba tanya diri sendiri adalah tabiat penggunaan telefon pintar serta media sosial pada tahap normal atau anda tidak boleh hidup tanpanya?

Berikut adalah beberapa tingkah laku yang boleh anda perhatikan dan masih belum terlambat untuk mengubahnya.

1. Telefon perkara pertama dan terakhir yang anda lihat

Mungkin ia nampak normal bagi kita jika perkara terakhir dilakukan sebelum tidur adalah bermain telefon. Tapi, apakah anda pernah mengira tempoh menggunakan telefon sebelum anda tidur?

Itu belum lagi selepas celik mata – perkara pertama dicapai adalah telefon dan membuka media sosial untuk menyemak siapa meninggalkan tanda suka atau komen pada gambar anda di Instagram.

Jika dua situasi ini berlaku, percayalah itu adalah tanda awal anda sudah ketagihan media sosial.

2. Suka melengahkan kerja

Berehat selama 10 minit selepas melakukan sesuatu pekerjaan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kreativiti kita. Namun masalahnya adalah apabila waktu itu digunakan untuk bermain dengan telefon dan menyemak akaun media sosial anda.

Percayalah, 10 minit tidak akan mencukupi dan sedar atau tidak, anda telah menghabiskan lebih banyak waktu dengan telefon sehingga melengah-lengahkan kerja anda.

Sebaik-baiknya selepas ini, gunakan waktu rehat itu dengan berjalan atau berbual dengan teman sepejabat tanpa memegang telefon di tangan.

3. Dapat notifikasi, terus capai telefon

Tahukah anda, notifikasi telefon memiliki dopamin atau zat kimia yang memberi kesan terhadap otak. Atas sebab itu, ketika kita mendengar notifikasi, banyak orang berasa teruja.

Menurut kajian, dopamin adalah unsur utama dalam kebanyakan penyebab ketagihan. Jadi, berhati-hatilah.

4. Media sosial sumber berita utama

Tidak dinafikan media sosial sudah menjadi medium sumber pencarian berita namun ia bukanlah sumber utama. Lebih malang, ramai percaya dengan berita yang dimuat naik di Facebook atau Twitter yang kebanyakannya diragui kesahihannya.

Lebih baik, jika kita terus mendapatkan sumber berita daripada laman web rasmi, televisyen atau pun radio.

5. Gelisah tak dapat akses media sosial

Sebelum ini beberapa kali terjadi media sosial tidak dapat diakses disebabkan masalah tertentu sampai ada yang sakit perut, gelisah dan tidak keruan!

Keinginan untuk memegang telefon dan menyemak media sosial setiap lima minit contohnya adalah contoh ketagihan terhadap media sosial.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...