POLITIK Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar...

Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar Parlimen

-

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, telah ada persefahaman bahawa BN akan menamakan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, BN dijanjikan kerusi Ketua Menteri sebagai balasan melepaskan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti menyertai Bersatu.

“Walaupun sedih dengan kehilangan kerusi-kerusi tradisi ini, kami berlapang dada dan menerima kehadiran mereka dan berusaha memastikan mereka menang.

“Malangnya madu diberi, tuba dibalas. Janji dimungkiri atas alasan Perikatan Nasional (PN) lebih tiga kerusi, PN menang 17 kerusi dan BN 14.

“Ini telah dijadikan alasan untuk melantik Ketua Menteri daripada Bersatu. Apakah Bersatu lupa bahawa di Perak, PN hanya mempunyai lapan kerusi berbanding BN 25, namun yang menjadi Menteri Besar adalah daripada Bersatu?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazir Hussin berkata, beberapa calon Bebas yang menewaskan calon BN juga telah dibawa masuk menyertai PN bagi mengukuhkan Bersatu.

Sehubungan itu, katanya, ia bukan soal UMNO tamak kuasa atau tidak mahu berkongsi kuasa.

“Namun kalau perkongsian ini tidak menghasilkan keadilan, maka apa guna perkongsian ini?

“Justeru jika esok Ketua Menteri Sabah dari Bersatu, maka sewajarnya ahli-ahli Parlimen BN memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.

“UMNO tidak sombong namun jangan pula sampai dibuli membuta tuli,” katanya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...