GAYA HIDUP Jumpa duit syiling tepi jalan, risiko terkena sihir jika...

Jumpa duit syiling tepi jalan, risiko terkena sihir jika kutip?

-

Kebanyakan orang menganggap jika terjumpa duit syiling terbiar di jalan atau atas lantai ia petanda rezeki yang baik.

Namun anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengutip duit tersebut kerana risiko anda terkena sihir atau buatan ilmu hitam.

Seorang pemuda Dean di Twitter berkata, jika terjumpa duit syiling di depan pintu rumah, halaman rumah, di sebelah kereta atau tidak diketahui asal usulnya, jangan sesekali kutip.

“Sebagai contoh nak masuk kereta tiba-tiba ada syiling atas lantai sebelah kereta sedangkan semasa turun kereta, tiada pun di situ.

“Jika keluar rumah tiba-tiba ternampak syiling di hadapan rumah, jangan terus ambil ya. Zaman sekarang orang nak sihir macam-macam cara,” catat Dean di Twitter.

Katanya ada yang cuba melakukan perbuatan khianat dengan cara khurafat, menyebabkan individu yang terkena sihir jatuh sakit.

“Jangan sesekali cuba sentuh (duit syiling) sekiranya tiada keyakinan diri dan doa-doa pendinding diri, sebaliknya sapulah dan terus buang,” tambahnya.

Katanya sihir boleh dibatal dengan mengamalkan doa daripada petikan ayat al-Quran, berserta ramuan campuran limau nipis dan garam kasar.

Hantarannya sejak semalam dikongsi lebih 12,000 dan disukai lebih 11,000 pengguna Twitter.

Seorang pengikut di ruangan komen berkata situasi itu kebiasaannya terjadi di kalangan peniaga yang bersaing sesama sendiri.

“Selalunya sihir ini diguna peniaga yang dengkikan peniaga. Di kedai kalau jumpa duit syiling mereka tak berani kutip. Habis tidak ada orang (pelanggan) mereka sapu dan buang,” catat Deen Dang.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...