GAYA HIDUP Kacang pea bantu kurang risiko kanser, cegah diabetes

Kacang pea bantu kurang risiko kanser, cegah diabetes

-

SAIZNYA mungkin kecil tetapi kacang pea mengandungi banyak khasiat dan nutrisi yang diperlukan tubuh manusia.

Ia bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh dicampurkan dalam sup, nasi goreng, salad dan sebagainya.

Berikut adalah lima kebaikan kacang pea yang mungkin tidak anda ketahui.

1. Tinggi protein

Setiap setengah cawan kacang pea mengandungi 4 gram protein. Ia tiga kali ganda lebih baik daripada lobak merah dalam jumlah yang sama.

Asid amino yang terdapat dalam kacang pea dapat memberi manfaat kepada kekuatan otot dan tulang, hormon, struktur enzim serta penting dalam pembentukan kulit, darah dan tulang.

2. Baik untuk mata

Setengah cawan kacang pea mengandungi 35 peratus vitamin A yang diperlukan tubuh setiap hari bagi menjaga kesihatan mata.

Vitamin A digunakan untuk menjaga kornea mata agar tetap bersih serta membantu anda melihat lebih jelas dalam keadaan gelap.

3. Menjaga sistem penghadaman

Kacang pea mengandungi serat yang tidak hanya membantu anda berasa kenyang lebih lama tetapi juga menyumbang kepada bakteria baik pada usus, mencegah bakteria jahat daripada lolos ke kawasan itu.

Ia juga mengandungi serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah sembelit dengan cara membuang kotoran lebih mudah dan cepat.

Kacang pea juga dapat mengurangkan risiko sindrom kerengsaan usus besar namun sekiranya anda memang mengalami masalah itu, sebaik-baiknya menjauhi makanan ini.

4. Kurangkan risiko kanser

Ia mampu mengurangkan risiko kanser kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan agen perosak dalam tubuh serta mengurangkan keradangan.

Kacang pea juga kaya dengan vitamin K yang dapat melawan kanser prostat serta pertumbuhan tumor.

5. Mencegah diabetes

Kacang pea rendah indeks glikemik (GI) yang bermaksud ia tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah berbanding makanan dengan GI tinggi.

Kacang pea juga bekerja untuk menstabilkan kadar gula dalam darah dan ia makanan sesuai untuk pesakit diabetes.

Tidak hanya itu, ia turut membantu mengurangkan risiko diabetes kerana kandungan magnesium, vitamin K, A, C dan B di dalamnya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...