POLITIK Keputusan Agong berpaksikan kepentingan negara, rakyat

Keputusan Agong berpaksikan kepentingan negara, rakyat

-

Pergerakan Pemuda UMNO yakin titah Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dibuat berpaksikan kepada kepentingan dan kelangsungan sebuah negara dan rakyatnya.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pelantikan ini menamatkan suatu kemelut politik yang mendebarkan dan belum pernah berlaku dalam sejarah moden politik Malaysia.

Kemelut yang berpunca dari kerakusan dan perebutan kuasa antara dua pihak yang akhirnya meleburkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahkan meruntuhkan kerajaan itu dek kerana ‘tangan-tangan’ mereka sendiri.

Asyraf juga mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mengambil sikap matang, rasional dan bertenang sepanjang tempoh krisis politik ini berlaku.

“Kepada seluruh jentera dan warga perkhidmatan awam, sekalung penghargaan tidak terhingga kerana mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong selaku Ketua Negara dan dalam meneruskan kesinambungan perjalanan pentadbiran sektor awam dengan lancar kepada rakyat dan negara seluruhnya,” katanya.

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...