BERITA Kes bunuh bayi: Enggan beri kerjasama, suspek diangkat polis...

Kes bunuh bayi: Enggan beri kerjasama, suspek diangkat polis masuk mahkamah

-

BACHOK Suasana di perkarangan Mahkamah Majistret Bachok, di sini hari ini, ‘menyaksikan’ seorang lelaki yang dipercayai suspek kes bunuh bayi berumur lapan bulan, terpaksa diangkat beberapa anggota polis apabila lelaki itu enggan memberi kerjasama bagi prosedur perintah tahanan reman terhadapnya.

Lelaki berusia 40 tahun itu, dilihat enggan turun dari kenderaan polis yang membawanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, sejurus tiba di perkarangan mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9.20 pagi.

Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental ingin membaca pelbagai surah Al-Quran atas alasan untuk berdoa sebagai ‘pendinding diri’ dan pihak polis cuba memujuknya kira-kira 10 minit, namun, lelaki itu tidak mengendahkannya.

Tindakannya yang degil itu, memaksa seorang anggota polis menarik suspek keluar dari kenderaan terbabit, kemudian lima lagi anggota terpaksa mengangkat dan mengusung lelaki itu sehingga masuk ke dalam mahkamah, bagi meneruskan prosedur perintah reman tersebut.

Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor kemudiannya mengarahkan suspek yang juga seorang pekebun, dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

Perintah reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam dilaporkan, polis menemui mangsa Wan Mohamad Afiq Wan Roslan, lapan bulan, dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur di sebuah rumah, dipercayai dibunuh bapa kandungnya di Kampung Sungai Dua, Melawi, dekat sini.

— BERNAMA

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...