NEGARAKU AM Kesatuan Pekerja Sokong Siasat Kes Herdik Petugas KKM

Kesatuan Pekerja Sokong Siasat Kes Herdik Petugas KKM

-

kongres kesatuan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam (cuepacs) hari ini  menggesa jabatan imigresen menyiasat insiden seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikatakan diherdik oleh seorang pegawai Imigresen Sabah baru-baru ini.

Di dalam satu kenyataan, Presidennya Adnan Mat berkata cuepacs mengambil maklum mengenai insiden petugas kementerian kesihatan yang didakwa telah diherdik oleh seorang pegawai kanan jabatan imigresen di sabah yang dilaporkan portal media dan turut  merasa kesal kerana tindakan tersebut tidak patut dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan apatah lagi ianya datang daripada seorang pegawai kanan berpangkat pengarah.

Tular di media sosial semalam mengenai laporan seorang pegawai KKM diherdik oleh seorang pengarah imigresen selepas menerima notis duduk di rumah di mana tindakannya  itu telah mendatangkan marah kepada  kepada pegawai imigresen berkenaan.

Notis duduk di rumah itu adalah sejajar dengan arahan kerajaan negeri mengeluarkan arahan kepada mana-mana pelajar atau orang awam yang balik dari luar negeri ke negeri sabah perlu dikenakan stay home notice atau kuarantin di rumah selama 14 hari.

Dalam pada itu Adnan turut mencadangkan agar  tindakan sewajarnya daripada hasil siasatan tersebut juga perlu diambil bagi memastikan kepercayaan penjawat awam dan rakyat tidak terhakis dengan insiden berkenaan.

“Cuepacs menggesa supaya jabatan imigresen menyiasat insiden tersebut dengan telus bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang. tindakan sewajarnya daripada hasil siasatan tersebut juga perlu diambil bagi memastikan kepercayaan penjawat awam dan rakyat tidak terhakis dengan insiden berkenaan”

“ Sebagai seorang penjawat awam yang sudah berikrar untuk berkhidmat demi negara, setiap penjawat awam seharusnya mengamalkan sikap saling hormat menghormati sesama sendiri walaupun berbeza jabatan atau pun pangkat” ujarnya lagi.

Cuepacs berharap semua penjawat awam kekal fokus dalam melaksanakan tugas masing-masing. dalam keadaan negara berhadapan covid-19, semua pihak perlu bergandingan dan bekerjasama bagi memastikan kejayaan negara menyekar penularan wabak ini tegasnya lagi

 

 

 

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...